rayz
Legendary Member

- Messages
- 13,336
- Joined
- Jun 5, 2007
- Messages
- 13,336
- Reaction score
- 885
- Points
- 171
Orang Rohingya
Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.
Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan
Penindasan ke atas orang Islam di Burma
Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.[3]
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[4]
Pelarian
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, UAE, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[6] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.
http://www.youtube.com/watch?v=4tlUcpOMD48
Orang Pattani
Pattani adalah sebahagian daripada tanah “Tanah Melayu”. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Pattani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Pattani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Pattani, dalam tahun 1902 kerajaan Siam telah melaksanakan dasar Thesaphiban.
Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Pattani telah diakui oleh W.A.R Wood, konsol British di oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang- orang Melayu Pattani.
Semenjak penghapusan pemerintahan kesultanan Melayu Pattani, orang-orang Melayu Pattani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang “misgoverned”. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Pattani. Pada tahun 1923, tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja kerajaan Melayu Pattani, dengan sokongan pejuang- pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti- Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram ( 1939- 44 ) cuba mengasimilasikan kaum minoriti Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui dasar Rathaniyom.
Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Pattani untuk membebaskan tanah air mereka daripada jajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Pattani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Pattani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu. Cadangan Tengku Mahmood itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang.
Harapan itu semakin cerah apabila kuasa- kuasa berikat, dalam Pengisytiharan San Francisco pada bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri ( self- determination ) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.
Atas semangat itu, pada November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Pattani dipimpin oleh Tengku Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada kerajaan British merayu supaya empat wilayah di selatan Siam dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu. Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam ataupun Pattani.
Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.
Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara- negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas- pengganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu- Siam.
Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio- ekonomi di Pattani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Pattani mula dianggap kurang penting, malahan jika dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.
Selepas persidangan Songkla pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin perjuangan Pattani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan Politik Pattani semakin lemah dengan kematian Tengku Mahmood Mahyideen dan Haji Sulung pada tahun 1954.
http://www.youtube.com/watch?v=fk_ZEuE-70M
Seorang pemimpin masyarakat Melayu Thai dibelah perut dengan pisau hidup-hidup....
Mangsa tentera Thai yang ditembak di kepala selepas gagal memberikan kerjasama....
Gadis yang diperkosa kemudiannya dibunuh....
Orang Chechen
11 Desember 1994, Rusia memulakan serangannya terhadap Republik Chechnya. Serangan ini dilancarkan Rusia karena proklamasi kemerdekaan yang dilakukan oleh bangsa Chechnya atau Chechen ini. Etnik Chechnya adalah salah satu di antara sekian banyak etnik di kawasan Kaukasus yang kemudian dikuasai oleh Soviet Union. Namun, setelah bubarnya Soviet Union, Rusia berniat menguasai daerah Chechnya yang kaya dengan minyak itu dan menolak proklamasi kemerdekaan bangsa itu.
Bangsa Chechnya telah tertindas sejak lama. Pada era Perang Dunia II, bangsa Chechnya dituduh oleh Stalin telah bekerja sama dengan Jerman. Pada 23 Februari 1944, Tentara Merah (Rusia)masuk ke Chechnya dan memulai pembersihan etnik. Negeri itu dikosongkan dan penduduknya dipindahkan ke berbagai penjuru Asia Tengah. Di daerah-daerah baru yang suhunya bisa mencapai -400C, Para pelarian itu dibiarkan hidup papa. Mereka juga dituduh "menyebarkan kegiatan Islam", "mendirikan masjid-masjid baru", dan "memelihara tradisi reaksioner". Paling tidak 425.000 orang dipindahkan dan setiap anggota keluarga hanya diizinkan membawa barang 20 kilogram, sisanya ditinggalkan begitu saja. Tapi, ada juga yang lahir, atau membesar, di perantauan yang penuh azab itu. Di antaranya terdapat Ruslan Khasbulatov, yang kelak menjadi ketua parlemen Chechnya. Satunya lagi adalah Dzhokar Dudayev, yang sempat mencapai pangkat jenderal dalam Angkatan Udara Soviet. Dudayev menjadi presiden Chechnya hingga November 1994. Ia terluka, kemudian meninggal, ditembak oleh roket Rusia. Setelah Dudayev tewas, perjuangan diteruskan oleh Aslan Maskhadov, Ruslan Gelayev, Abu Movsayev, dan kini, oleh Shamil Basayev (Basayev sekarang ni hanya ada sebelah kaki sahaja sebab kecederaan semasa perang yg tak dapat dielakkan).
Perang Chechnya pertama berlangsung sejak tahun 1994 hingga 1996. Rusia kalah teruk dalam perang ini dan secara memalukan keluar dari wilayah Chechnya. Rusia pun sepakat memberikan status autonomi kepada Chechnya. Namun, pada tahun 1999, Rusia kembali menyerang Chechnya dan hingga kini perang terus berlangsung. Alexander Solzhenitsyin, seorang pengarang pembangkang Rusia dan penerima anugerah Nobel, pernah berkata, “Hanya satu bangsa yang secara utuh berhasil menolak psikologi penjajahan dan itulah bangsa Chechen."
http://www.youtube.com/watch?v=741ucmtEy8M&feature=related
perempuan checen di rogol dan disembelih
http://4.bp.blogspot.com/-uYent4gED...AAGZ0/Ae2WqYjVl0Y/s1600/Wanita-Disembelih.jpg
Orang Palestin, dan mcm2 lagi lah nasib org Islam di dunia ni.
soalannya sampai bila sedeh tgk mereka
(
((
tuhan tidak mengubah nasib sesiatu kaum melainkan mereka sendiri yg mengubahnya..
mereka dah bjuang dan tdk berdaya, tolonglah mereka tuhan.
haruskah mereka pashrah dan reda sahaja..
*tgh aku nk mencari lagi info nasib2 org chechen terjumpa la buku apa ntah citer perang2 ke atas org islam ni.
cerita-cerita penindasan ke atas umat Islam seluruh dunia
http://www.scribd.com/doc/76627358/7/CHECHNYA

Last edited: