BTC USD 80,856.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasib pencipta watak superman

megadoss

Fun Poster
Messages
518
Joined
Oct 22, 2006
Messages
518
Reaction score
1
Points
15
AREKTORNYA diadaptasi daripada komik ke filem, tetapi Superman atau ‘The Man of Steel’ adalah hero kebanggaan seluruh dunia. Malah, ramai mengimpikan memiliki kuasa seperti Superman.


Bagaimanapun, Superman tidak akan lahir tanpa penciptanya, Joe Shuster dan Jerry Siegel, yang pertama kali diperkenalkan dalam komik Action Comics pada Jun 1938. Ia diikuti dengan kemunculan mini siri The Man of Steel di kaca televisyen di Amerika Syarikat.

Shuster dilahirkan di Toronto, Kanada pada 1914. Ketika berusia 17 tahun, dia mengikut keluarganya berpindah ke Cleveland, Amerika Syarikat dan bersekolah di Glenville High School pada 1931.

Di situlah dia bertemu Siegel yang pernah bersamanya menjadi anggota redaksi akhbar sekolah, The Glenville Torch. Kedua-duanya meminati cerita sains fiksyen dan komik.

Selepas merasakan ada keserasian dari segi minat, kedua-duanya sepakat menerbitkan majalah berkos murah yang dinamakan Science Fiction. Shuster bertanggungjawab dari aspek seni manakala Siegel sebagai pengarang.

Dalam keluaran ketiga, Siegel menggunakan nama samaran Herbert S Fine dan menulis cerita berjudul Reign of the Superman. Ia turut mengandungi watak jahat yang memiliki kuasa hebat.

Shuster membaca buku berjudul Gladiator karya Phillip Wylie. Ia mempunyai karektor yang mempunyai kuasa hebat seperti melompat tinggi dan tubuh kalis peluru. Karakter itulah memberi inspirasi kepada penciptaan watak Superman.

Mereka mula berbincang menghasilkan karektor dan kostum Superman dengan lebih terperinci. Siegel membayangkan Superman berasal dari planet Krypton yang diarah meninggalkan planet itu ketika masih bayi oleh ibu bapanya sebelum ia musnah.

Apabila tiba di bumi, Superman diselamatkan pasangan peladang dan diajdikan anak angkat.

Sebagai manusia, dia membesar sebagai Clark Kent dan menjadi wartawan. Watak Kent yang digambarkan sebagai lelaki berkaca mata, pemalu, tidak berkeyakinan dan tidak menarik, sebenarnya ada persamaan dengan karakter sebenar Siegel.

Siegel dan Shuster kemudian menghasilkan kostum Superman. Siegel mencadangkan diletakkan logo tiga segi bersama huruf S di dada Superman.

Pakaian seperti sayap juga ditambah supaya visualnya lebih berkesan ketika Superman berlari, melompat, terbang atau bertempur dengan musuh. Sementara itu Shuster menyiapkan keseluruhan kostum termasuk wajah Superman.

Bagaimanapun, komik Superman sukar dijual malah semua syarikat penerbitan menolak. Sejak menjaja Superman pada 1933, hanya pada 1938 ia diterbitkan syarikat penerbitan Detective Comics (DC).

Pengarang DC ketika itu, Vin Sullivan, memberi mereka tempoh tiga minggu untuk menyiapkan 13 muka surat keluaran sulung Superman itu.

Shuster dan Siegel dibayar AS$130 bagi hasil kerja dan hak cipta karakter berkenaan. Bagaimanapun hak cipta yang dimiliki DC itu akhirnya membawa kesusahan kepada Shuster dan Siegel.

Walaupun komik Superman popular dan mereka menerima bayaran hampir AS$100,000 setahun, DC mengaut keuntungan berjuta-juta dollar sekaligus menerbitkan rasa ketidakadilan pada Shuster dan Siegel.

Perbalahan antara dua pencipta Superman dengan DC berlanjutan sehingga ke mahkamah. Kes itu juga menyaksikan DC membuang nama Shuster dan Siegel sebagai pencipta dalam setiap terbitan komik Superman.

Kesannya selama beberapa dekad pembaca dan golongan profesional dalam industri komik tidak mengetahui Shuster dan Siegel pencipta sebenar Superman.

Pada 1975, mereka memfailkan saman terhadap DC untuk hak cipta Superman. Shuster dan Siegel akhirnya menerima AS$35,000 seorang dari DC sepanjang hayat mereka diberi kredit sebagai pencipta sebenar Superman. Bagaimanapun, DC mencatat keuntungan lebih AS$100 juta hasil penerbitan filem, kartun, komik dan barangan Superman.

Shuster meninggal dunia pada 1992 dan Siegel pada 1996 di Los Angeles. Malang bagi Shuster apabila pihak DC langsung tidak mengetahui kematiannya. Hari ini, Shuster dan Siegel terus diiktiraf DC dalam setiap penerbitan komik Superman.

Selain komik, kegemilangan Superman diteruskan dengan penerbitan filem Superman : The Movie pada 1978, Superman II (1980), Superman III (1983) dan Superman IV : The Quest for Peace (1987), lakonan Christopher Reeve.

Kemudian lahir pula drama televisyen popular, Lois & Clark lakonan Dean Cain dan Teri Hatcher yang berjaya memberi persepsi lebih terperinci berkaitan kuasa dan personaliti super hero ini. Ini termasuk Smallville, siri televisyen popular lakonan Tom Welling yang mengambil kisah Superman sewaktu remaja.

Paling menarik, Superman bakal muncul dengan filem terbaru, Superman Returns lakonan Brandon Routh pada Jun ini.
 
hm..biasanya mcm tu la..amek idea org..mcm aku jugak le..cilok sana cilok sini..copy and paste masuk assignment :p
 
hm..biasanya mcm tu la..amek idea org..mcm aku jugak le..cilok sana cilok sini..copy and paste masuk assignment :p

hahahaha dah jadi trend dah benda nih.. copy mengcopy dan upgrade.. :D baru powEr..
 
Back
Top
Log in Register