dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
SEBELUM ini, kita sering mendengar keluhan anak seni mengenai nasib dan hak mereka yang nyata tidak terbela.
Namun kini, mereka tidak perlu gusar lagi apabila usul Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di Seri Perdana, Putrajaya, beberapa usul yang dikemukakan Zed Zaidi berjaya mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri.
Sebagai tanda penghargaan buat golongan anak seni yang turut memacu industri tempatan ke tahap yang lebih membanggakan, Najib berjanji dalam memberikan imbuhan terbaik buat mereka.
Menurut Najib, kerajaan bakal mengkaji model pembiayaan khusus bagi membolehkan penggiat seni tanah air mendapat keistimewaan sebagai rakyat Malaysia.
Selain mendapat pembiayaan membeli rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), kerajaan juga menyediakan kemudahan Kad Diskaun
Rakyat 1Malaysia (KDR1M) kepada artis yang berdaftar dengan persatuan.
Beliau berkata, skim perumahan PR1MA perlu diberikan kepada golongan artis yang menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman kerana tidak memiliki penyata gaji dan pendapatan tetap.
"Tanpa penyata gaji, bank tidak mungkin akan meluluskan pinjaman mereka melainkan mereka adalah orang-orang tertentu dan terkenal.
"Dalam usaha membantu golongan seni, saya telah maklumkan perkara ini kepada Ketua Eksekutif PR1MA supaya mengkaji model pembiayaan akhir bukan konvensional, terutamanya kepada anak seni yang tiada pendapatan tetap.
"Begitu juga dengan KDR1M yang dinikmati pelajar, pesara kerajaan, tentera dan polis selama ini, artis juga akan diberi faedah tersebut," katanya yang bersedia mengagihkan dana pentadbiran persatuan artis ketika pembentangan Bajet 2012 sebanyak RM6 juta.
Selain itu, beliau berjanji untuk mengkaji bayaran royalti pelakon menerusi filem dan drama yang diulang tayang serta menambah dana industri kreatif mengikut keperluan termasuk dana pentadbiran persatuan.
Majlis ramah mesra yang diraikan lebih 600 penggiat seni itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamarudin Siaraf.
Antara artis yang hadir termasuk Presiden Seniman, Zed Zaidi, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Hattan, Datuk Shuhaimi Baba, Datuk Rahim Razali, Datuk Zulkifli Zain, Abon, Jamal Abdillah, Nassier Wahab, Hans Isaac, Zizan Razak, Fida Ibrahim dan Fara Fauzana.