BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

NASA temui planet seiras Bumi

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
CKnrCc3WEAArcFB.jpg

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada Khamis mengumumkan kapal angkasa Kepler telah mengesan sebuah planet yang seakan-akan sama dengan Bumi.

Tidak dipastikan sama ada planet yang digelar 'Kepler-452b' itu mempunyai fizikal berbatu dan memiliki ruang udara dan air namun penemuan itu adalah yang paling menarik sehingga kini.

Penyelidik NASA, Jon Jenkins berkata planet berkenaan berada dalam gugusan Cygnus dan sejauh 1,400 tahun cahya dari Bumi.

“Saiznya 60 peratus lebih besar dari Bumi dan berada dalam zon kawasan yang boleh menampung kehidupan,” ujar Jon.

Menurut saintis, permukaan Kepler-452b dijangka boleh menampung air selain mempunyai gunung berapi aktif. Kadar gravitinya pula adalah dua kali ganda dari Bumi.

Jarak Kepler-452b lebih jauh daripada sumber cahayanya jika dibandingkan dengan Bumi kepada matahari.

Namun, bintang gugusan itu jauh lebih terang dari matahari lantas Kepler-452b mendapat sumber tenaga yang hampir sama dengan Bumi.

“Ia mengambil masa 385 hari untuk mengelilingi bintangnya hampir sama dengan 365 hari di Bumi,” tambah Jon.

Berikutan ia menghabiskan waktu yang lama mengorbit zon terbabit iaitu sekitar 6 bilion tahun, planet Kepler-452b mempunyai banyak masa untuk menghasilkan kehidupan.

“Jumlah waktu serta syarat yang sama diperlukan bagi memastikan kehidupan berterusan di atas permukaan Bumi,” jelasnya dalam kenyataan rasmi.

Pada 17 April 2014, NASA mengesan sebuah planet dipanggil Kepler-186f yang dikatakan paling menyerupai Bumi. Planet tersebut sejauh 500 tahun cahaya dan 10 peratus lebih besar, namun kurang mendapat cahaya seperti Bumi.

Eksplorasi Kepler dilancarkan pada tahun 2009. Misi berharga AS$600 juta (RM2.29 bilion) itu berbekalkan matlamat meninjau sebahagian daripada Milky Way untuk planet boleh didiami.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/nasa-temui-planet-seiras-bumi-67145
 
kalau alien yg umor dia ratus2 taun rasanya planet dia kecik je kn.
 
tak lama lagi jumpa planet namec pula.

tapi nk pergi ni mmg jauh la.. kena pergi dgn kelajuan cahaya selama 1000 tahun.
 
jauh giler..lupa'n jelah, tp kalau ada mineral b'harga bole hntr manusia2 tamak ke sana..:eek::))
 
Kalo pegi naik spaceship yg speed dia mcam cahaya pon amik masa 1400 tahun baru sampai...gile jauh..
 
mcm mana kapal Nasa ni boleh terbang sampai masuk ke galaksi lain...kan ke dah masuk sistem bintang lain tu...ni bukan ke planet selepas planet pluto...wow hebatnya kapal ni
 
bkn..kalau tak silap planet yg dijumpai ni masih dok dlm galaksi bima sakti. kapal angkasa ni bwk teropong sbb kalau pegi lagi jauh lg byk yg bole teropong drpd dok teropong dr bumi. galaksi bima sakti b'saiz 100,000 - 180,000 tahun cahaya..jadi bilakah masa diperlu'n utk smpai ke dinding langit dunia?? :o:o~X(
 
Back
Top
Log in Register