BTC USD 81,519.3 Gold USD 4,119.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nape perlis tak baca doa qunut

sya tau tuan pun amir saat ,,sya pun penah keluar tabligh,,,,
tapi thread ni lebey pada nape perlis jer wahabi ,,negeri lain tak

dari feedback seolah perlis ikut cara arab,mekah tapi bab sureheboh,islam hadari sokong pulak walau fatwa kata haram

haram jadah aku rasa iklan bertudung takder kat perlis tapi nak ikut style mekah,,,tu aku heran b ajaib b abdul wahab

kalu laa perkara2 mcm tu buat endah tak endah tapi sibuk nak cara mekah,,,jadi mcm dubailaa,,,islam jer nama,,,,

debat ni bukanlaa sampai bertahun2,,,,mungkin dah ada org berdebat tapi aku jealous perlis ni,,ikut style mekah,,tapi duk sokong org berasuah,,,,,,tu aku muskil campur pelik sbb perrlis jer gatal nak wahabi,,,,,:)):)):))

bro masa aku blaja kt ARau dulu...
mmg pelik la...
mula-mula aku solat kt dlm ITM biasa jer...
pastu skali tu aku gi Masjid Arau...
solat subuh...lepas ruku' kedua...aku sorang jer tadah tangan baca qunut...:))
terpinga-pinga aku...
lepas selesai solat...pakcik tanya aku...
"hang asal mana?"
ooo patut pun...takpa2 jgn panik noo....:D
 
tuan diaorang x menyorok pun...
malah lebih mantap dgn cara mereka...
tuan kenal Dr Johari Mat?
kalau x silap dia ialah Pngarah di KIAS Kelantan...
kenal Dr Yusof Noor pengerusi FELDA...
Dr Abd Hamid Othman?
Dr Mohd Asri Zainal Abidin...
dan kebanyakan penggerak pro-tajdid ni berada di UIA!!!!
malah di kelantan ada pondok yg pro-tajdid....
saya masih mencari lokasi pondok tersebut...

tuan saya mmg x lama di Perlis...1 thn jer...
tapi kalau tuan pergi di JAKARTA BARAT,Bogor dan 2 tempat lg...
siap ada pensantren....
malah isu qunut ni dah lama disana...
thn 91 isu yg ditimbulkan penggunaan Ta'ala pada salam dan sebutan selepas ALLAH cth AlLAH s.w.Ta'ala....
ni pun bincang 2 hari 2 malam tuan...
x dpt penyelesaian jugak....

apa usaha pihak wahabi utk menyelesaikan masalah murtad, masalah gejala sosial dan sebagainya? hanya sekadar lebih lantang berbicara soal bidaah dlm ibadah spt:

guna tasbih bidaah,
baca Qunut bidaah,
baca Surah Yasin malam jumaat bidaah,
baca talqin bidaah,
baca tahlil bidaah,
sapu muka selepas solat bidaah.
 
apa usaha pihak wahabi utk menyelesaikan masalah murtad, masalah gejala sosial dan sebagainya? hanya sekadar lebih lantang berbicara soal bidaah dlm ibadah spt:

guna tasbih bidaah,
baca Qunut bidaah,
baca Surah Yasin malam jumaat bidaah,
baca talqin bidaah,
baca tahlil bidaah,
sapu muka selepas solat bidaah.

kalu di indonesia ...
lagi pusing pakkk...
pantang dilihat baca doa selepas solat...
terus diajak berdebat...
sikit2 berdebat....leceh tul la...
kalau berlapang dada terima penjelasan kita ok jugak...
ni dia jer yg betul....

tuan selain diatas tu ada lg...
ALLAH BERISTIWA DI ARASY.........
dibentangkan oleh ustaz pro-tajdid...(diaorang x panggil ustaz..diaorang panggil Dokter.....)

 
aku rasa elok dikaji apa itu wahabi. rasanya dah ada thread pasal wahabi kat CG ni. jgn dok kata wahabi tu syiah atau lari dari ajaran yg diturunkan oleh Rasulullah S.A.W. selagi mereka berpegang kepada Al-Quran & Hadis yg sahih rasanya tak salah.
 
Wahabi itu adalah tuduhan yang ditujukan kepada segolongan orang yang mengikut cara kerja syaikh muhammad bin abdul wahab
perkataan tu lebih sesuai di kata kan sebagai cop oleh pihak tertentu yg x ske ngan mereka.

Tp kena lihat apa yang shaikh muhammad abdul wahab tu ajak.
jangan kita menuduh tanpa menilai sesuatu melainkan menilai mengikut al-quran dengan sunnah terlebih dahulu
bukannya menilai sesuatu mengikut nafsu.

Allah pesan dalam quran dalam surah al-hujurat ayat ke 6
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. "

So,pertama sebelum menerangkan siapa itu wahabi kita kena letak sikap ni terlebih dahulu kerana ini ingatan Allah kepada kita kalau BENAR KITA BERIMAN.
Yang ke-dua sebelum aku menerangkan siapakah meraka
ingin aku menunjukkan beberapa ayat al-quran dan mungkin hadis yang shahih kalau aku ingat
sebagai dalil bahawa yang patut kita ikut itu rasulullah
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - surah aali imran ayat 31

ikutilah aku disini ikut nabi
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. " surah al-ahzab ayat 21.

kalau tanya masalah qunut subuh.
secara peribadi aku sendiri x buat pun (kata kawan aku)
sebab mengambil daripada hadis shahih yang diriwayat daripada abu zar bila mana anaknya bertanya kepada nya bagaimana solatnya rasulullah
abu zar menjawab aku tidak pernah mendengar rasulullah membaca qunut sepanjang aku bersolat jemaah subuh di belakangnya

sikap kita apa2 sahaja yang datangnya hadis shahih statusnya kita harus terima dengan lapang dada kerana itu yang di ajar oleh rasulullah.

yang kedua dikalangan imam mazhad sendiri terdapat beberapa perselisihan pendapat tentang qunut subuh.
al-imam abu hanifah dan al-imam hambali tidak pernah menyatakan dalam mazhabnya bahawa solat subuh itu ada doa qunut.
berdasarkan hadis yang aku bg td dan beberapa hadis shahih yang lain.namun begitu al-imam as-syafie dan al-imam malik kata ada qunut.kalau imam syafie buat lepas rukuk iaitu time iktidal, imam malik plak kata sebelum turun rukuk baca qunut.
lihat disini sahaja terdapat perbedaan pendapat dikalangan imam mazhab tentang permasalahan ini
then sape kita nak ikut?
tu yang menjadi persoalan
baiklah
kembali kepada ayat alquran yang aku bg tadi. surah al-ahzab ayat 33. surah aali-imran ayat 31
yang ptt kita ikut tu rasulullah
then rasulllah da tunjukkan bagaimana cara solat yang Allah sendiri dah ajarkan pada baginda
contohnya dah kita sedia maklum melalui hadis-hadis yang berstatus shahih yang diriwayatkan.

"solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat"
tp x bermakna imam syafie dan imam malik pepandai nk tambah qunut plak kan time subuh mereka buat begitu kerana mereka ada dalil mereka sendiri.ada hadis yang pada zaman imam shafie dan imam malik.
mereka mungkin jumpa hadis yg kata nabi ada qunut time subuh.tp bila mana ulama2 terkemudian meneliti status hadis tersebut
kebanyakkan nya lemah
seingat aku, ada hadis kata nabi hanya solat subuh dengan qunut saat akhir hayat dia. tp sebelum tu nabi x pernah pn baca qunut time solat subuh.so bagi orang belajar dan mengkaji dan tahu. mereka akan tahu sebenarnya subuh itu tiada qunut.
Dan untuk maklumat qunut yang nabi lakukan tu qunut nazilah yakni nk tolak bala'. dan bacaan qunut yang kita blaja kat skola tu pn bukan bacaan yang rajih (yang betul2 dari rasulullah.

ok ni bahas serba sedikit dari sudut ilmu la. tp kalau nk baca qunut time subuh pn xde masalah.xde masalah kalau kau x tau dan xpenah belajar or memang kau blaja subuh ada qunut.

yang rajih atau yang betulnya nabi sepanjang hayat xpernah solat subuh kemudian membaca qunut..

xbuat doa qunut pun, tak perlu sujud sahwi..
''nabi x buat doa qunut, xkan tiap2 kali smyg nabi buat sujud sahwi plak'' (refer atas)

credit to: wan mohd syafiq (rakanku)..alhamdulillah
 
semoga anda semua paham serba sedikit..
wallahualam.
 
semoga anda semua paham serba sedikit..
wallahualam.

tahu mmg dah tahu...
tapi x faham kenapa golongan tajdid ni suka sgt membidaah kan orang lain...
dan mempertikaikan ulamak lain...
hanya guna ulamak diaorang jer....

soalan kepada kawan ko....
golongan wahabi ni nak ikut sunnah 100% dlm ibadat...
adakah sunnah itu sama dgn ibadat?
sekadar nak penjelasan....
aku ada ler tanya kat area aku...
tapi guru diaorang belum email kan lg jawapan tu...

 
nape aku baru tau kat perlis x baca qunut???~X(~X(~X(
banyak lagi yang perlu diketahui nih...:-?
xper..terus follow thread ni.:D
 
tahu mmg dah tahu...
tapi x faham kenapa golongan tajdid ni suka sgt membidaah kan orang lain...
dan mempertikaikan ulamak lain...
hanya guna ulamak diaorang jer....

soalan kepada kawan ko....
golongan wahabi ni nak ikut sunnah 100% dlm ibadat...
adakah sunnah itu sama dgn ibadat?
sekadar nak penjelasan....
aku ada ler tanya kat area aku...
tapi guru diaorang belum email kan lg jawapan tu...


erm.. kwn ku dah tdo.. nti aku tnya yer
 
Back
Top
Log in Register