ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
KUALA LUMPUR - Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014) yang disemak semula dan diumumkan baru-baru ini merupakan langkah pertama Malaysia ke arah liberalisasi pasaran yang progresif dan usaha untuk laluan bersama liberalisasi, berikutan kekangan politik, ekonomi dan teknologi, kata Frost dan Sullivan.
Rakan kongsi Asia Pasifik dan ketua automotif dan amalan pengangkutannya Kavan Mukhtyar berkata dasar itu merupakan "tindakan mengimbangi" antara keutamaan untuk menarik pelaburan baharu, membangunkan daya saing industri yang mampan dan melindungi kepentingan pelabur sedia ada serta pihak berkepentingan.
"Dasar itu menunjukkan Malaysia telah memilih jalan liberalisasi yang progresif dan bukan liberalisasi yang menimbulkan gangguan," katanya dalam satu kenyataan.
Mukhtyar berkata NAP 2014 dibangunkan dengan matlamat pelbagai pihak berkepentingan seperti menjadikan pembuat kereta nasional lebih berdaya saing dan mampan di samping menarik pembuat kereta asing meningkatkan pelaburan dan menambah nilai, serta menggunakan Malaysia sebagai hab serantau untuk pengeluaran.
Beliau berkata dasar itu juga bertujuan untuk membangunkan keupayaan vendor tempatan mencapai pertumbuhan mampan dan eksport serta memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam rantaian nilai.
Bagi pengguna, dasar berkenaan telah menetapkan pengurangan harga kereta yang progresif dan meningkatkan kualiti keselamatan, manakala bagi kerajaan, NAP 2014 akan membolehkan mereka memastikan pertumbuhan pekerjaan yang berterusan dalam industri automotif dan pengurusan fiskal yang berhemat, katanya.
"NAP 2014 kelihatan cuba dan mengimbangi keutamaan strategik supaya kepentingan jangka pendek pelbagai pihak berkepentingan tidak bersatu.
"Oleh itu, ia boleh dilihat sebagai satu rangka kerja dasar jangka panjang yang memberikan suatu hala tuju kepada pelbagai pihak berkepentingan daripadamembuat perubahan yang mengganggu dalam industri, " katanya.
Bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan dasar seperti insentif yang kurang jelas bagi program kenderaan cekap tenaga (EEV), katanya.
Mukhtyar berkata program EEV tanpa syarat pelaburan dan menawarkan tahap fleksibiliti dengan insentif bergantung kepada peringkat pelaburan pembuat kenderaan.
"Dari sudut pembuat kenderaan pula, komitmen mereka akan bergantung kepada sejauh mana insentif disediakan," katanya.
Beliau berkata pendekatan insentif khas boleh berjaya jika terdapat kaedah yang jelas bagi faktor-faktor menentukan sejauh mana insentif tetapi jika insentif sebagai satu proses mengikut kes, ia boleh membawa kepada rundingan berpanjangan dan ketidakpastian bagi pembuat kenderaan.
Mukhtyar berkata negara juga perlu membangunkan ekosistem pembekal yang kukuh yang dapat membekal kepada rantaian bekalan EEV di sampingmemastikan permintaan tempatan bagi kenderaan sedemikian cukup besar bagi pelaburan yang berdaya maju dari segi ekonomi.
Beliau berkata kejayaan atau kegagalan program itu akan bergantung kepada kepantasan dan kejelasan ia dilaksanakan.
Mengenai vendor tempatan, Mukhtyar berkata industri peralatan automotif Malaysia berdepan dengan beberapa isu struktur seperti kekurangan skala ekonomi, produktiviti, isu-isu kualiti dan terlalu bergantung pada pembuat kereta nasional serta usaha segera perlu dibuat untuk membina keupayaan ini dengan bersungguh-sungguh.
Muktyar berkata strategi yang pragmatik bagi kerajaan adalah bagi memberi tumpuan kepada usaha membina keupayaan yang terbaik dalam kalangan vendor peralatan kenderaan.
"Penyatuan keupayaan harus digalakkan supaya Malaysia boleh membangunkan kumpulan vendor peralatan kenderaaan yang berdaya bersaing di peringkat global yang boleh berkembang di peringkat serantau," katanya.
Beliau berkata keupayaan geran pembangunan perlu dikaitkan dengan pendekatantelus untuk terus memantau kemajuan vendor ke arah daya saing.
Mengenai pengurangan harga kereta, Muktyar berkata pendekatan persaingan pasaran yang dipertingkat membawa kepada penurunan harga ke paras harga purata di pasaran dalam empat hingga lima tahun akan datang.
Beliau berkata walaupun harga kereta akan melalui satu proses penurunan beransur-ansur dan bukan secara mendadak, dorongan terhadap kenderaan cekap tenaga juga akan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kos keseluruhan pemilikan yang telah memberi faedah pengguna dalam jangka masa panjang. - Bernama