BTC USD 81,268.8 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Nanti khabar dari Jepun

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
DEBARAN pemain sayap lincah Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Zakaria semakin kuat dirasai apabila dia masih menanti panggilan dari kelab Jepun, FC Ryukyu bagi menghadiri ujian percubaan dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, wakil ejen pencari bakat Japan Dream FA, Masao Kiba sudah mengadakan pertemuan dengan jurulatih Ong Kim Swee selepas perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur 22 Februari lalu bagi menyatakan minat terhadap Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai Kecik.

Menurut Wan Zaharulnizam, sehingga kini dia masih menantikan jawapan dari kelab Divisyen Tiga yang berpangkalan di Okinawa itu dan berharap apa yang dijanjikan itu akan menjadi kenyataan.

“Selepas dimaklumkan Kim Swee sebelum ini memang saya amat gembira kerana bukan senang untuk pemain Malaysia mendapat perhatian kelab Jepun. Kita boleh lihat Jepun kini memiliki pencapaian terbaik apabila beraksi di Piala Dunia dan juga dikenali sebagai pasukan nombor satu Asia.

“Liga mereka juga turut dikenali di seluruh dunia dan saya yakin walaupun kelab Ryukyu beraksi di Divisyen Tiga, saya masih boleh menimba pengalaman berguna jika diberi peluang berlatih di sana,” katanya.

Bagaimanapun apa yang meresahkan pemain berusia 20 tahun dari Tumpat Kelantan itu apabila dia kini masih dihimpit kecederaan Hamstring ketika beraksi bersama skuad Olimpik negara menentang Jepun. Malah kecederaan itu adalah yang ketiga melanda Wan Zaharulnizam selepas turut mengalaminya pada penghujung tahun lalu.

“Saya masih belum pulih, mungkin dua minggu lagi barulah saya boleh beraksi. Saya harap kecederaan seperti ini tidak akan berulang lagi bimbang sekiranya saya diberi peluang untuk menjalani ujian di Jepun nanti,” katanya yang diketepikan pada perlawanan terakhir Kumpulan C kelayakan Olimpik London ketika Malaysia tewas 3-0 di tangan Syria Rabu lalu.

Bakat Wan Zaharulnizam mula dikesan Masao Kiba, bekas kapten Gamba Osaka ketika dia beraksi bersama Malaysia menentang Jepun pada aksi kelayakan di Tosu, Jepun September tahun lalu.

Menurut Kim Swee selain Wan Zaharulnizam, beliau turut mencadangkan agar kelab itu turut memberi peluang kepada seorang lagi pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Noor menjalani ujian percubaan.
 
div 3 pun okey jer kalo dapat, harap Wan Zaharulnizam aka Kecik dpt menggunakan kesempatan yg diberikan jika berjaya menambat hati pengurusan kelab jepun berkenaan.....

memang nampak masa 1st leg di jepun tempohari serangan malaysia byk digerakkan oleh Kecik so aku x heran kalo ada kelab jepun yg berminat dgn kelincahan Kecik...go Kecik go....

kalo dpt try sampai leh tambat hati kelab2 utama di J-League cam Urawa Red Diamond, Gamba Osaka, Kashima Antlers, Yokohama Marinos, dan sebagainya...
 
div 3 pun okey jer kalo dapat, harap Wan Zaharulnizam aka Kecik dpt menggunakan kesempatan yg diberikan jika berjaya menambat hati pengurusan kelab jepun berkenaan.....

memang nampak masa 1st leg di jepun tempohari serangan malaysia byk digerakkan oleh Kecik so aku x heran kalo ada kelab jepun yg berminat dgn kelincahan Kecik...go Kecik go....

kalo dpt try sampai leh tambat hati kelab2 utama di J-League cam Urawa Red Diamond, Gamba Osaka, Kashima Antlers, Yokohama Marinos, dan sebagainya...

semoga dia dpt pikat hati jurulatih kelab tu supaya dia dpt main kat sana
 
Back
Top
Log in Register