tuksidang
Banned
- Messages
- 4,972
- Joined
- Jul 26, 2008
- Messages
- 4,972
- Reaction score
- 463
- Points
- 41
NANI (kanan) dan Pepe menjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Obidos, Portugal kelmarin.
LISBON - Pemain sayap Manchester United, Nani mahu menjadikan kempen Euro 2012 sebagai medan menebus kekecewaan selepas gagal meraih sebarang gelaran musim ini.
Kudrat Nani ditagih skuad kebangsaan Portugal bagi membantu pasukan itu mara ke peringkat kalah mati pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine bulan depan.
Diundi dalam Kumpulan B yang dilabel sebagai kumpulan 'maut' bersama Jerman, Belanda dan Denmark, sentuhan Nani menjadi senjata utama Portugal bagi merealisasikan matlamat itu.
Jurulatih Portugal, Paulo Bento berharap Nani akan menggunakan segala pengalaman yang dimiliki bagi menjana jentera serangan pasukan itu.
Bagi Nani pula, kekecewaan tidak dapat beraksi pada kempen Piala Dunia 2012 kerana mengalami kecederaan bahu akan menjadi titik tolak untuk dia membuktikan kehebatan dirinya.
"Kami (Portugal) akan turun dengan matlamat untuk menewaskan pasukan terbaik pada kempen Euro 2012.
"Kami telah diundi dalam kumpulan yang sukar namun tidak mustahil untuk melakar kejutan.
"Kami perlu percaya dengan kemampuan sendiri dan kami perlu bekerja keras. Saya fikir kami boleh melakukannya," kata Nani.
Nani berkata, Portugal perlu menewaskan Jerman pada aksi sulung Kumpulan B (9 Jun ini) sebelum menentang Denmark dan Belanda.
Kemenangan sangat penting kerana ia akan menyuntik semangat pasukan untuk menghadapi dua lagi perlawanan, sekali gus mara ke pusingan kalah mati.
"Saya berharap kami dapat mencatat kemenangan pada perlawanan pertama kami.
"Ia pasti akan memberikan suntikan semangat buat kami bagi mengharungi perlawanan berikutnya," jelas Nani. - AFP
Iklan