BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Namron sindir siapa tu?

my360cam

Active Member
Messages
1,625
Joined
Oct 6, 2017
Messages
1,625
Reaction score
65
Points
30
image.JPG


SELEPAS menyindir pelakon Sharnaaz Ahmad, yang memarahi tindakan keterlaluan selebriti media sosial Faiz Roslan, semalam, aktor dan pengarah berbakat besar, Nam Ron sekali lagi menyindir segelintir pelakon di Malaysia.

Menurut Nam Ron, 48, menerusi akaun Twitternya, selebriti di Malaysia tidak perlu bersusah payah untuk popular, sebaliknya hanya perlu mencipta sedikit isu dan tidak perlu lakonan yang hebat untuk dikenali.

"Senang saja nak popular dalam bidang hiburan ni, buat kecoh, gaduh-gaduh, maki-maki orang kat media sosial, kita akan cepat popular.

"Tak perlu lakonan yang hebat. Kalau kerja kita dah suam-suam, tawaran dah tak banyak, apa yang perlu buat adalah bikin kecoh," tulisnya.

Ujar pengarah filem One, Two, Jaga, dengan cara tersebut, seseorang selebriti itu akan kembali diingati dan ia adalah hakikat dalam dunia hiburan kini.

"Bila kita bikin kecoh, orang ramai akan bercakap pasal kita, kita akan kembali popular dan stesen TV akan mula tawarkan kerja.

"Ini hakikatnya dunia hiburan kita," jelasnya.

Opps ada yang terasa ke ?
 
Back
Top
Log in Register