BTC USD 81,371.6 Gold USD 4,024.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nampak pusaran angin hitam

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MERSING: Pusaran angin hitam sejurus selepas hujan lebat menimbulkan keadaan kacau-bilau di Kampung Tanjung Resang, di sini, petang kelmarin, apabila 13 rumah penduduk rosak teruk terutamanya bahagian bumbung yang tercabut.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, penduduk mendakwa ribut yang pertama kali melanda perkampungan itu datang dari arah Gunung Arong beberapa minit selepas hujan lebat reda.

Seorang penduduk, Isa Ahmad, 71, berkata dia dan keluarganya yang berada di dalam rumah ketika kejadian terkejut apabila mendapati bumbung rumahnya tiba-tiba bergegar sejurus hujan reda.

Dia berlari keluar rumah untuk meninjau keadaan di luar rumah dan mendapati sebahagian daripada bumbung bahagian depan rumahnya sudah tercabut diterbangkan angin kencang.

“Kejadian itu ialah yang pertama berlaku di sini dan ia benar-benar membuatkan kami sekeluarga ketakutan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Isa berkata, sejurus keluar dari rumah, dia sempat melihat satu pusaran angin hitam mengelilingi kampung, membuatkannya berdoa meminta tiada sesiapa yang terkorban atau tercedera.

Seorang lagi penduduk, Zuriah Zakaria, 21 berkata dia bersama ibu dan adiknya berada di ruang tamu rumah ketika sebahagian bumbung rumah tiba-tiba tercabut dan diterbangkan angin kuat.

“Oleh kerana kejadian berlaku sekelip mata, hampir semua kelengkapan di bilik tidur dan dan ruang tamu rumah kami dibasahi air hujan,” katanya.

Katanya, sebaik keadaan menjadi kembali tenang, dia dapati beberapa rumah penduduk lain turut mengalami nasib yang sama apabila bumbung rumah yang kebanyakkannya diperbuat daripada zink itu diterbangkan angin.

Ketua Kampung Simpang Penyabong, Wan Azman Wan Jusoh berkata usaha untuk mengenalpasti jumlah sebenar penduduk yang terjejas dengan kejadian itu sedang dilakukan bagi memudahkan pihak berkaitan menyalurkan bantuan.

Katanya, beliau sudah memaklumkan kejadian itu kepada pihak yang berkenaan termasuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan wakil rakyat berkenaan dan bantuan dijangka disalurkan kepada penduduk terbabit dengan segera.
 
angin puting beliung ke tu
 
Back
Top
Log in Register