BTC USD 84,080.6 Gold USD 4,285.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Namewee Mengamuk .....

Aku tengok dan dengar dua video lagu yang korang post. Aku belum tengok Nasi Lemak. First, memang dia kutuk azan. Itu tidak nafikan. Tapi kalau kita pun bila dengar azan dan suara azan tu pecah atau tak best, kita pun pasti dalam hati terdetik kata

"apa lah tak best suara azan ni..."

Mamat tu ambil face value azan tu. Kita faham dari segi rohaniah azan tu. Takkan kita nak samakan pemikiran mengenai azan dengan dia kot?

Kutuk melayu masuk hutan jadi sakai. Itu jelas dalam lagu. Tapi apa dia cakap sebelum tu? Dia kata kalau cina (atau bangsa) lain semua kena halau keluar dari Malaysia, apa akan jadi dengan kita? Balik ke zaman dulu pasal ekonomi semua mereka yang pegang. Itu realiti, bukan?

Sebelum kita marah dia kutuk kita, baik tengok balik pada diri sendiri. Kalau kita boleh handle semua tu sendiri, fine. Tapi kalau setakat perabis suara marah orang tegur kita, buang masa sajalah.

Aku setuju dengan pendapat beberapa orang yang berfikiran rasional. Tidak guna berdendam dengan orang yang tidak tahu pasal Islam/Melayu. Jalan terbaik adalah berdakwah dan menyebarkan pengetahuan supaya mereka sedar perkara yang sebenar, bukan cabut pedang pegi penggal kepala mereka.

Guna akal sikit saja untuk berfikir di luar kotak. :-)

:)cgrock:)cgrock

thumbs up bro
 
vavaiiiiii punya naweweeeeeeeeeee......balh la weii siot blah la gila ka apa......

hak tuuuiiihhhhhhhh
 
aku pun nak buat filem jadi bos pengarah x dapat peluang langsung, macam mana lu dapat...apa caranya
 
drama tahajud cinta pn mempersenda agama.... ntah2 dpt award nanti di anugerah screen...tinggi jgk rating, rasanya ramai org islam tgk...
 
tgk komen kat youtube ramai je melayu yang sokong dia.. sedih pulak rasanya bile tengok kaum sendiri bangga kaum sendiri dikutuk..
 
tgk komen kat youtube ramai je melayu yang sokong dia.. sedih pulak rasanya bile tengok kaum sendiri bangga kaum sendiri dikutuk..

klu x kutuk x sedar....di buai dgn istilah "Peribumi"
 
Back
Top
Log in Register