BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nama-Nama Yang Dilarang Islam

zana,wati,Balqis,Najwa,Zaqwan/Zaquan,Haikal/Haiqal,Badrisha/Badlisha,Aznie,Asiah

nama yang pernah dengar dan nama2 yang sering digunakan dalam masyarakat kita .
 
terima kasih TT...

mintak halal ilmu yg diberi...
 
Jangan panggil sesorang tu dengan gelaran Mamat.
Contoh: " Mamat ni.." " Mamat tu.."
Sabab Mamat bermaksud kematian..
Saya pun baru je tahu baru2 ni.
**Maaf kalau tersilap**
 
Melayu tak sadar diri, letak nama depan anak "Puteri" dah le bukan keturunan raja duduk area kos rendah pulak tu !!!

Bukan x sedar diri bro.. Harapan org tua terhadapnya... mana tau dah besar jadi puteri... :))
 
Nama anak aku Harith Irfan sebab ia adalah nama untuk fitrah Manusia (Berusaha):-

"Ibu dan bapa disunatkan memberikan nama anak sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh. Khilaf ini berdasarkan hadith yang melaporkan Rasulullah memberi nama anak baginda dengan nama moyang baginda Ibrahim sejurus selepas kelahirannya, sementara dalam hadith yang lain Rasulullah memberikan nama al-Hasan dan al-Husein serta ramai yang lain pada hari ketujuh.

Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik. Antara cadangannya ialah berdasarkan hadith riwayat Abu Daud:

Berikanlah nama anak dengan nama para nabi. Sebaik nama di sisi Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman. Yang bagus ialah Harith (حارث) dan Hammam (همام) manakala yang buruk ialah Harb dan Murrah.

Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.

Diharamkan memberi nama anak dengan nama hamba selain Allah, seperti Abdul Nabiy. Haram juga memberikan nama Allah tanpa didahulukan Abdul sebelumnya. Begitu juga memberikan nama yang buruk maknanya.

Dimakruhkan memberi nama anak sempena orang Islam terkenal yang fasiq. Dimakruhkan juga memberikan nama dengan perkataan yang bombastik. Ini berdasarkan hadith nabi, antaranya:

Orang yang dimurkai Allah di hari Qiyamat dan sangat dibencinya ialah seorang yang dipanggil Malikul Malik (raja sekalian raja). Tiadalah raja yang memiliki melainkan Allah.
(Riwayat Muslim)

…Janganlah engkau namakan anak dengan nama Yasar (yang sangat bertuah), Rabah (yang sangat beruntung), Najih (yang sangat berjaya) atau Aflah (yang paling berjaya). Kerana engkau akan tertanya nanti, betulkah anakku itu seperti makna namanya. Sesungguhnya nama yang aku tegah itu empat sahaja, janganlah engkau tanya banyak lagi.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi).

Contoh nama bombastik lain yang turut dilarang (ulamak hanya sekadar memakruhkannya sahaja) ialah nama yang disandarkan kepada Din atau Islam, seperti Izzuddin, Nuruddin, Salahuddin, Nasiruddin, Muhyiddin, Saiful Islam dan lain-lain. Menurut Syeikh al-Albani, nama tersebut dilarang kerana membawa kemegahan terlampau. Ada pun nama pejuang Islam seperti Salehuddin al-Ayyubi, Nuruddin Zinki dan Izzuddin Zinki, sebenarnya itu semua hanyalah nama gelaran sahaja. Nama sebenar mereka adalah berbeza.

Sunat juga dikun-yahkan nama anak sebagai gelaran kita, contohnya sekiranya nama anak ialah Kifah, maka si bapa digalakkan memakai gelaran Abu Kifah. Antara hikmahnya menurut Abdullah Nasih Ulwan ialah menghadirkan rasa hormat anak kepada si bapa serta beberapa kesan psikologi yang lain. Yang disunatkan ialah kepada anak yang sulung. Boleh juga si bapa menggelar dirinya dengan kun-yah nama lain, seperti Abu Bakar al-Siddiq yang tiada pun mempunyai nama anak bernama Bakr serta Abu Hafs bagi Umar al-Khattab yang tidak mempunyai anak bernama Hafs"

Wallahu Alam..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register