BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak tipu tapi tak pandai.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Riyadh: Seorang lelaki cuba menipu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan dengan merantai dirinya dan seorang anak lelaki di dalam kereta mereka.

Bagaimanapun, dia melakukan kesilapan ***** kerana menyimpan kunci rantai berkenaan di dalam sakunya.

Polis menemui lelaki berusia 30-an itu dan anaknya dalam keadaan dirantai di dalam keretanya di Ihsa, di wilayah timur Arab Saudi selepas menerima laporan daripada orang ramai.

Lelaki itu memberitahu polis, dia dirompak, dipukul oleh beberapa lelaki tidak dikenali sebelum mereka merantai dia dan anaknya.

“Kami menemui resit menunjukkan dia membeli kunci dan rantai dari sebuah kedai. Selepas disoal siasat, dia mengaku merantai dirinya kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan,” lapor akhbar Sabq, memetik kenyataan jurucakap polis Kolonel Ziad Al-Rugaiti.

Lelaki itu ditahan dan akan didakwa di mahkamah hari ini. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/12111

LELAKI yang mendakwa dia dan anaknya dirantai sekumpulan pencuri dilihat terbaring sambil diperhatikan orang ramai sebelum polis tiba.


27hmresit.transformed.jpg
 
Tekanan hidup.. Kesian..ape pun masih banyak jalan yang halal
 
Pak arab nih...

Tu kat saudi minyak murah. Kalo dia
mai ke malaysia kita nih, mau di
garinya anak beranak...
 
kerana nak duit orang sangup bertindak apa saja..walaupun perkara tu bod*h..#:-S
 
Back
Top
Log in Register