BTC USD 85,658.0 Gold USD 4,143.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nak taubat

bertaubat laa tt..:( alhamdullilah... tuhan nak tunjuk jalan tu...
 
semoga ko cuba berbuat kebaikan yg mcm kwn2 suggestkan.
InsyaAllah kalo benar2 ikhlas Allah akan permudahkan
kehidupan harian ko.Juga peringatan utk diri aku juga
 
utk pengetahuan ko...ko sebenarnya lebih baik drp kami2 semua kat sini yg merasa kami ni baik dan tak ada perasaan bersalah/nak tobat/hati menangis / nak pohon ampun mcm ko.
kerana kami anggap kami baiklah..maka kami tak terpikir pun nak tobat/mohon ampun dan rasa bersalah tetiap hari.

apatah lagi jika ko benar2 bertaubat pohon ampun menangis dgn DIA..maka tinggallah kami yg perasan baik ni dok perasan tak abis2.

aku setuju bro...#:-S
 
1 - slow2, jarakkan dr kawan yg sama jahat, bkn putus terus, kurangkan..

2 - cri kwan yg ok, xsemesti alim, asalkan jaga smyg, n perbuatan..

pesanan tuk aku jgk, kita serupa bro..slow2 tarik diri..ikut mmber smyg..ko bleh rasa, kalau g jln2, dia bnti nk smyg, xkn ko xbuat skli, xbuat kang malu..lama2, ko ikut sama smyg..
 
bro dah kawin ke? soalan pertama ni... kalau belum, cari lah isteri yg boleh membimbing.. tapi bila dah gelar suami, tinggalkan semua kejahatan bro.. tumpuan pada keluarga dan cari rezeki untuk anak dan isteri
 
Saya ni suka bebenor buat dosa. Tinggal semayang tu biasa la. Tak puasa, suka buat maksiat dan bnyak lagi lah. Tapi saya betul2 nak betaubat. Hati saya selalu menangis. Teringin nak sujud mohon keampunan dari Allah. Tapi badan saya mcm tak boleh berenti dari buat dosa. Saya dah banyak kali cuba berubah, tapi mcm hangat2 tahi ayam. Sekejap jer pastu jadi kaki buat dosa balik. Mcm mana nak buat nih?

sangat beruntunglah org2 mcm kamu...
2-2 dapat....
 
Saya ni suka bebenor buat dosa. Tinggal semayang tu biasa la. Tak puasa, suka buat maksiat dan bnyak lagi lah. Tapi saya betul2 nak betaubat. Hati saya selalu menangis. Teringin nak sujud mohon keampunan dari Allah. Tapi badan saya mcm tak boleh berenti dari buat dosa. Saya dah banyak kali cuba berubah, tapi mcm hangat2 tahi ayam. Sekejap jer pastu jadi kaki buat dosa balik. Mcm mana nak buat nih?

ko berada di peringkat nafsu nie

Nafsu Lawwamah
Mengetahui dengan ilmunya bahawa perbuatan jahat dan dosa itu salah tetapi masih melakukan perbuatan tersebut. Namun, setelah itu, dia menyesal di atas perbuatan jahatnya.

Jd cuba beralih ke nafsu ni

Nafsu Mulhamah
Jiwanya banyak terkumpul dengan sifat-sifat baik akan tetapi jiwanya memerlukan kesabaran, tabah dalam bermujahadah dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T.

Seterusnya

Nafsu Mutmainnah
Nafsu yang tenang dan tenteram ketika mengingati Allah S.W.T. Jiwanya sentiasa merindui Allah dan sentiasa dekat dengan-Nya.

orang ckp cuba istqamah melakukan kebaikkan 40hari.. insyallah akan jd terbiasa dan tak nak tinggalkn kebaikkan itu

walallahualam..
 
Saya ni suka bebenor buat dosa. Tinggal semayang tu biasa la. Tak puasa, suka buat maksiat dan bnyak lagi lah. Tapi saya betul2 nak betaubat. Hati saya selalu menangis. Teringin nak sujud mohon keampunan dari Allah. Tapi badan saya mcm tak boleh berenti dari buat dosa. Saya dah banyak kali cuba berubah, tapi mcm hangat2 tahi ayam. Sekejap jer pastu jadi kaki buat dosa balik. Mcm mana nak buat nih?

Syeikh Al Fudayl ibn Ayad, sebelum namanya disebut sepanjang zaman sebagai seorang ahli sufi dan wali Allah, beliau adalah seorang samseng, perompak yang kemudiannya bertaubat.

Syeikh Habib Al Ajami, seorang lagi ahli sufi dan wali Allah, adalah seorang along sebelum bertaubat kepada Allah.

Saya cadangkan TT buat permulaan, buat secara perlahan lahan, perubahan. Mulakan dengan istighfar 70 kali sehari. Istiqomah kan dulu istighfar tu. Jangan mendadak, tiba tiba berketayap, putus kawan, zaman sekarang ni kalau mendadak, dengan segala dugaan kat luar tu, takut tak tahan lama, tu yg jadi hangat hangat tahi ayam.perngatan untuk semualah termasuk diri saya sendirilah. Start aja dulu zikir istighfar hari hari.

Syeikh Abdul Qadir al jailani, tak kira perompak ke pemabuk ke pencuri ke jumpa beliau, beliau suruh baca La ila haillah. Lama lama berubahlah.

Istighfar ada banyak.... Cuba jadikan amalan dulu at least 70 kali sehari..

"astagfirullah hal azim, allazi la ila hailla huwal hayyul qayyum waa tuubu ilaih"

atau

Astaghfirullah innahu kaana ghaffara

atau (ni saya baca)

Astagfirullah innallah ha kaa na tawwaba

atau (baca penghulu istighfar)

Allahumma anta rabbi lailaha ila anta..... Rujuk sini
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/11/penghulu-istighfar.html

Kalau ada tak clear, nak arab (tulisan arab)... Pm saya

Cubalah, semoga Allah beri hidayah dan rahmatnya ke atas kita semua
 
Last edited:
(Salam)

Moga2 hasrat TT tercapai.

PS: Minuman ahli neraka adalah AIR NANAH yang busuk; ingat nie jer aku dah tak sanggup nak langgar perintah Allah SWT.
 
Back
Top
Log in Register