BTC USD 83,981.1 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

nak tanye???~~~

Diablo kartel

Fun Poster
Messages
506
Joined
Mar 22, 2008
Messages
506
Reaction score
2
Points
15
macamane aku nak cek status halal sesuatu produk?? .. sekiranye anda ade info.. kongsi2 skit..:)cgrock:)cgrock
 
Ada contoh produk? Boleh tolong semakan.....
 
Kalau tak silap boleh guna sms
 
Kalau tak silap boleh guna sms

Ini adalah info yang saya perolehi daripada salah seorang bekas pegawai JAKIM berhubung penggunaan SMS untuk cek status HALAL. Tidak semestinya bila jawapan melalui SMS adalah “Tiada dalam rekod” bermakna produk itu tidak disahkan halal. Untuk kepastian dan pemeriksaan status halal yang terbaik ialah dengan memeriksa melalui website JAKIM. Kenapa jadi begitu? Begini kisahnya…

Melalui sistem SMS, barcode produk merupakan identiti (pengenalan) yang digunakan untuk sistem kenalpasti maklumat apa yg perlu dihantar kembali kepada kita. Mengikut apa yg sepatutnya, setiap produk dengan pembungkusan berlainan perlu mempunyai barcode tersendiri, sebagai contoh, jika syarikat pengeluar mengeluarkan produk A dgn 3 jenis pembungkusan, maka perlu ada 3 barcode berlainan. Ini tidak termasuk untuk produk lain. Apa yang menjadi masalah kepada pengeluar ialah barcode itu dikeluarkan oleh FMM. Jika mereka tidak menjadi ahli FMM, maka mereka tidak boleh mendapat barcode tersebut. Seperkara lagi, setiap barcode mempunyai kos sebanyak RM600 setahun. Bayangkan jika anda mengeluarkan 1 produk dgn 5 jenis pembungkusan, berapa byk kos untuk barcode yang perlu ditanggung setahun.

Oleh demikian, pemeriksaan melalui laman web JAKIM ada lebih tepat kerana yang penting, produk itu telah disahkan halal oleh pihak JAKIM. Sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM berdasarkan produk yang dikeluarkan sahaja, tidak sehingga ke peringkat jenis pembungkusan. Oleh demikian, pada pandangan peribadi saya, tak perlu la berhabis duit menggunakan SMS untuk dapatkan kepastian tentang status halal produk tersebut.
 
Back
Top
Log in Register