BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak tanya pasal surrender insuran AIA

Sept 2015 aku ambik insuran aia pakej ALifeLink sekali dgn saving...insuran rm177 + saving rm60..2 minggu lepas aku surrender/batal aia sebab aku bertukar ke insuran lain..

2 hari lepas duit dah masuk dari aia..tapi jumlah hanya rm700 sahaja...so nak tanya pada sesiapa yg tahu..betul ke hanya jumlah itu saja yg aku dapat...kalau diikutkan logik aku, saving rm60 X 24 bulan = rm1440 :D ..lebih separuh saving aku tak dapat...dah ler tak pernah claim apa-apa...sesiapa ada pengalaman?

29571263_10156371431702074_4561214969674687084_n.jpg

Bos nape tuka aia ke lain?
Yg lain tu tuka ke ape?

Saya dari prubsn nak tuka ke aia

Bola share pendapat sikit?
 
saving dalam takaful tak sama dgn saving dlm bank account tuan
so jgn expect dapat balik semua yg kita bayar
sebab dalam takaful ada mcm2 fees, especially 6 tahun yang pertama
tuan boleh jumpa agent dan minta agent jelaskan

agent2 yg claim menyimpan kat takaful boleh dapat return mcm bank/unit trust tu semua kaki kelentong... jgn cayer. takaful mainly untuk protection. nak invest, letak kat instrument yg betul utk invest.

Tapi tuan sepatutnya fees tu semua dipotong dari caruman insurans bukan dari caruman saving..sbb TT bgtau insurans 177 simpanan 60..jadi kat situ patutnya yg 60 setiap bulan tu solid masuk dalam bahagian saving dan x boleh diusik utk fees semua tu
 
sape cakap takleh usik :-?
cuba teliti balik polisi
semua kos meningkat setiap tahun
hospital, pengurusan, etc
kita bayar fix bulanan. mcm mana nak cover kos nak meningkat tu?
peningkatan kos tu akan ditampung oleh 'saving' tadi la
 
ok tuan...berita faham...bukan apa tuan..bila kita sebut pasal saving/simpanan ni, kita fikir bila kita simpan rm10, bila nak keluarkan nanti dapat la rm10 + dividen+ bla bla bla..tapi insuran punya saving, simpan rm1000, dapat rm500..baik simpan kat tabung haji..:">:">

tu laa.. biasanya insurans ni kita fokus utk rwtn jer.. kalau btul2 utk saving boh jer dlm tabung haji..
 
Bos nape tuka aia ke lain?
Yg lain tu tuka ke ape?

Saya dari prubsn nak tuka ke aia

Bola share pendapat sikit?

nk tau jugak...

skrg guna aia jugak..

nk tau jugak kot2 ada benda yg xpuas ati...
 
TT insuren asal takaful ke conventional... kalau convent memang dapat banyak...macam aku serender dapat lebih kurang 18k...untuk 4 orang... dah la pernah masuk ward...
 
investment link ni mengarut ja, dapat lebih kat agent.

cari takaful and medical card sahaja
 
TT insuren asal takaful ke conventional... kalau convent memang dapat banyak...macam aku serender dapat lebih kurang 18k...untuk 4 orang... dah la pernah masuk ward...

insurans conventional mmg lagi murah daripada takaful. tapi ikut hukum haram. terpulang masing2 la.
dapat banyak pun tak halal, yg boleh amik takat mana kita bayar je. contoh, sebulan bayar 100, setahun 1200. byk tu je yg kira boleh. yang lebihan tu kira riba.. sebab insurans melabur ke tempat yg bercampur2... non-syariah compliance.
 
a ah...sebab haram tu le aku serender...dapat pun tak lebih dari aku bayar. (600 lebih sebulan selama 7 tahun)..
 
Back
Top
Log in Register