Pendapat saya pasaran crocs sekarang sudah tepu atau bahasa kasarnya hancuss..tak kisahla TT nak jual yang ori atau tiruan.Crocs band yg imitation (model terbaru crocs) yang dahulunya cuba dijual oleh peniaga pada harga rm30-35 sepasang, kini dah jatuh rm 15-20 sepasang, kerana terlalu banyak produk sebegini & persaingan baik online maupun offline.Kalau yg model lama2 tu, tok sah cakaplah, dah jatuh 10 hinggit je.Kalau TT nak jual yang ori sekalipun, agak susah buyer nak percaya itu yg sebetulnya ori, kerana mutu kualiti yg imitation pun dah nak dekat sama hingga ke tahap label, tag dan sebagainya pun dah sama...so pendekatan buyer akan jadi kalau nak betul2 ori baik beli kat butik crocs saja (gerenti ori cuma mahal la) tapi kalau nak tiruan boleh beli kat mana2 uptown/pasar malam/online dll).Kalau TT pulak sendiri tak tau bezakan crocs mana yang ori atau yg imitation, then silap haribulan TT yg kena tipu dengan supplier yg kata konon barang you dapat tu ori punya.Kawan seperjuangan saya yg pioneer jual crocs tiruan (masa tahun 2008) dahulu hentam rm80-120 sepasang, kini sudah decide tidak mahu menjual crocs lagi dan beralih ke produk lain. Untuk TT, kaji betul2 pasaran semasa tapi kalau TT sudah pasti arah tujuan, saya doakan anda berjaya.