BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak sedekah RM50 tapi larikan RM40

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ALOR SETAR: Seorang lelaki berlagak baik kononnya mahu memberi zakat dan sedekah kepada seorang pesara, tetapi sebaliknya melarikan RM40 milik warga emas itu di depan sebuah bank di Jalan Tunku Ibrahim, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, Abdul Ghani Abdullah, 57, menunggu isterinya berusia 56 tahun menunaikan cek RM4,000 di depan bank berkenaan kerana mahu menunaikan umrah Ahad ini.


Abdul Ghani berkata, seorang lelaki berusia 30-an yang menunggang motosikal Honda EX-5 berhenti dan melambai tangan ke arahnya.

“Dia bertanya sama ada saya mengenalinya atau tidak kerana bapanya seorang peniaga nasi di Jalan Tanjung Bendahara. Saya pernah makan di kawasan itu, tetapi tidak kenal siapa lelaki itu.


“Dia bertanya sama ada saya sudah bersara dan saya pencen sejak 2007 dan menganggap dia mengenali saya tanpa menyedari niatnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tunku Abdul Halim, dekat sini, semalam.


Menurutnya, lelaki itu memberitahu dia sudah lama mencarinya untuk memberi zakat sebagai sedekah.

Bagaimanapun, lelaki itu memberi alasan hanya ada RM100, tetapi mahu bersedekah RM50 lalu meminta Abdul Ghani menyerahkan baki RM50 terlebih dahulu.


“Saya mengeluarkan dompet, tetapi hanya ada RM40. Tanpa mengesyaki apa-apa saya beri wang itu kepadanya dan dia memecut motosikalnya,” katanya.

Berikutan itu dia dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pagi semalam.


Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
 
adoyai.. ini macam pun ada ka
 
hoho face to fcae scammer
 
picard-palm-face%252CL-6-192570-13.jpg
 
baru kenai2 gitu terus percaya..

alahai pening2
 
kesian pakcik tu...mesti dia ckp penuh sopan santun sampai pakcik tu sanggup keluarkan duit dari dompet...
 
simpati tul saya ngn pnipu tu..rm40? dgn org tua pla..
 
kes konon2 kenai ni, aku pernah kena..
tapi org tu datang nak minta sedekah la kononnya...

aku mula2 nak kasi dah, sbb malas nak citer panjang2..
tapi bila dia mula citer mcm konon2nya kenal aku, pastu kantoi kelentong plk, terus aku tawar hati nak derma...

:(scam
 
Back
Top
Log in Register