BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak review Takaful PruBSN

abusuffian

Fun Poster
Messages
115
Joined
Jul 25, 2008
Messages
115
Reaction score
0
Points
10
Assalam warga CG,

Saya dan isteri pemegang sijil PruBSN. Medical Card plus investment dah hampir 7 tahun.

Dengan keadaan kos rawatan yang makin tinggi ni patutkah saya review and upgrade ke pakej takaful yg baru?

Antara perkara yg saya fikirkan:

1. Isteri pernah warded dan claim dari PruBSN. Sakit endometriosis. Minor operation. Kalau saya upgrade (PruBSN juga) adakah sakit berkaitan endometriosis dan sewaktu dengannya akan dicover juga?

2. Kalau ejen yg lama dulu dah tak jadi ejen lagi dah, bolehkah saya upgrade? Cara? Sebabnya kalau saya tukar ejen sebahagian dari caruman saya akan dibayar ke ejen baru. Kalau bleh nak jimat dan masuk ke investment account :D:D:D

Terima kasih...
 
1. Sepatutnya cover. Kena tanya ejen prusbn
2. Boleh. Ejen akan dapat komisen selama 6 tahun. Selepas tu company yg akan uruskan. Komisen ejen tak tolak daripada apa yg kita bayar so tak perlu risau.
 
Terima kasih tuan nashburn,

Untuk soalan yang kedua tu. Masa beli takaful dulu dikatakan pakej itu boleh 'upgrade' tanpa perlu beli takaful baru. Oleh itu akan ada penjimatan sikit sebab saya existing customer yang dah beli takaful semasa umur masih muda.

Itu concern saya. Kalau benar apa yg dikatakan saya nak guna kelebihan 'upgrade' berbanding tamatkan yg sedia ada dan beli baru.
 
Pendapat peribadi saya; Tak perlu upgrade/terminate plan sediada, beli je medikal kad standalone sebagai tambahan..

Reason; Benefit pelan medikal kad sentiasa meningkat, membuatkan pelan yg kita ada sekarang macam tak cukup je 5 tahun akan datang. Saya dah 3 kali tukar polisi utk kejarkan benefit medikal kad ni..

Kalau tuan pilih upgrade pun, medikal kad tuan still kne lalui waiting period, penyakit yg penah claim tak cover sebab consider as existing illness..
 
Last edited:
Assalam warga CG,

Saya dan isteri pemegang sijil PruBSN. Medical Card plus investment dah hampir 7 tahun.

Dengan keadaan kos rawatan yang makin tinggi ni patutkah saya review and upgrade ke pakej takaful yg baru?

Antara perkara yg saya fikirkan:

1. Isteri pernah warded dan claim dari PruBSN. Sakit endometriosis. Minor operation. Kalau saya upgrade (PruBSN juga) adakah sakit berkaitan endometriosis dan sewaktu dengannya akan dicover juga?

2. Kalau ejen yg lama dulu dah tak jadi ejen lagi dah, bolehkah saya upgrade? Cara? Sebabnya kalau saya tukar ejen sebahagian dari caruman saya akan dibayar ke ejen baru. Kalau bleh nak jimat dan masuk ke investment account :D:D:D

Terima kasih...

Saya tolong jawabkan...

1- Kalau upgrade, medical card akan ikut term yang baru dan penyakit yang pernah claim akan jadi penyakit sedia ada (which is tak boleh claim) sebab termasuk dalam exclusion. Options lain adalah amik medical lain dan utk sakit yang berkaitan dengan penyakit lama, pakai medical lama. Untuk penyakit yang takde kena mengena dengan endometriosis....pakai card baru. Tapi depend pada budget

2- Agent dulu tak jadi agent, boleh upgrade...caranya..boleh buat sendiri atau melalui agent. Tapi better melalui agent. Kalau agent lama dah tak buat sepatutnya leader agent lama tu akan assign agent baru. Kalau tak sure, boleh contact 03-20537188 (tanya customer service, siapa yang handle saya punya certificate)

Kalau dah lebih 7 tahun, commission agent tak dapat dah. Agent baru tu buat amal soleh je (tolong anda secara percuma je)...and commission agent takde kena mengena dengan pelaburan dan protection client..

Sekian...semoga bermanfaat.
 
Terima kasih tuan nashburn,

Untuk soalan yang kedua tu. Masa beli takaful dulu dikatakan pakej itu boleh 'upgrade' tanpa perlu beli takaful baru. Oleh itu akan ada penjimatan sikit sebab saya existing customer yang dah beli takaful semasa umur masih muda.

Itu concern saya. Kalau benar apa yg dikatakan saya nak guna kelebihan 'upgrade' berbanding tamatkan yg sedia ada dan beli baru.

Kalau belum ada claim atau tak sakit mmg sesuai upgrade. Tapi kalau dah ada penyakit mmg akan ada exclusion kalau upgrade.
 
Terima kasih tuan nashburn,

Untuk soalan yang kedua tu. Masa beli takaful dulu dikatakan pakej itu boleh 'upgrade' tanpa perlu beli takaful baru. Oleh itu akan ada penjimatan sikit sebab saya existing customer yang dah beli takaful semasa umur masih muda.

Itu concern saya. Kalau benar apa yg dikatakan saya nak guna kelebihan 'upgrade' berbanding tamatkan yg sedia ada dan beli baru.

Kalau "upgrade" polisi memang ada penjimatan dari segi Wakalah Fees, especially kalau polisi lama dah 6 tahun dan keatas.

Tapi kene tgk juga keadaan kesihatan masa upgrade. Kalau ada history claim or penyakit, dikhuatiri ada exclusion or loading.

Kalau mampu, ambil yg terbaik masa mula2 amik takaful. Sebab takaful hanya boleh dibeli dengan kesihatan :-)
 
Back
Top
Log in Register