BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Nak cari duit raya'

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sebahagian pengunjung beragama Islam yang ditahan dalam serbuan.
< 1 / 1 >
PETALING JAYA - “Saya datang sini nak cari duit. Kalau menang banyak boleh guna untuk beraya,” kata seorang lelaki berusia 50 tahun yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis di tiga lokasi di Damansara, kelmarin.

Dia antara 51 lelaki beragama Islam ditahan oleh penguat kuasa Jais kerana terlibat dalam perjudian.

Difahamkan lelaki itu mengaku sering ke pusat judi online itu kerana yakin boleh menangi permainan yang ditawarkan.

Pengarah Penguat kuasa MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, operasi di Persiaran Surian, Pelangi Damansara dan Damansara Damai itu berjaya merampas 187 set komputer.

Empat premis disita manakala 15 pemain jalani pemeriksaan air kencing oleh AADK, seorang disahkan positif dadah.

Menurutnya, kebanyakan premis diserbu guna penjaga premis warga asing dan dilengkapi kamera litar tertutup (cctv).

“Turut diserbu sebuah gudang dijadikan premis judi online. Hasilnya 40 unit komputer dirampas," katanya.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa/nak-cari-duit-raya-1.298406
 
kalau kalah duit rya pon tak dak...tokey judi yang raya sakan...kkekeke
 
Back
Top
Log in Register