BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nak buat online bisnes

aku rasa nak start buat bisnes online ni kena tengok minat dan kepakaran individu.Kalau kita mahir dalam perkhidmatan/service tapi kita pergi buat MLM aku rasa peratusan untuk berjaya tu xbesar.

Jadi minat dan kemahiran adalah asas yang penting dan jangan berhenti meimba ilmu

p/s:aku dulu start bisnes oline ni dg main PTC.dari situla ilmu bisnes oline aku bermula dan terus menimba ilmu dalam pemasaran/promosi
 
yg yg terbaru & terkini
boleh klik siggy PERCUMA wak
paling best kita jumpa
wak ajor LIveDemo PERCUMA juga :D
 
Tutorial bina website sendiri

Salam sejahtera semua warga CG,

Ade sape2 yg tau camane nak mulakan online bizness ni? Kalau ade ebook lengkap step by step lagi bagus.:D

Salam
Kalau nak mula buat bisnes melalui internet,boleh join affiliate. Kalau nak pergi jauh lagi,belajar bina website sendiri dan promote bisnes kita. Kalau berminat nak belajar bina website percuma, boleh lawat signature saya :D
 
Bro, ana rasa better bro baca artikel ni dulu:

Perniagaan internet, bila nak mula kan?

“Saya memang dah lama teringin nak buat bisnes online ni! tapi masalahnya, saya tak tahu nak mula macam mana. Tak tahu nak jual apa! tak tahu nak buat website!… takde modal dan….bla.. bla… bla…”

Pernahkah ayat tersebut terlintas di fikiran anda? Saya pasti.. ramai yang mengalami situasi seperti di atas. Anda seronok melihat orang lain menjalankan perniagaan di internet.. mendengar orang itu.. orang ini.. mendapat wang berganda-ganda dengan mudah hasil perniagaan internet yang mereka jalankan.

Tengok orang tu.. jadi jutawan dengan hanya jual peta secara online.. tengok orang nie.. dapat ribu-ribu dengan hanya duduk depan komputer..

waaaahh.. anda teruja.. teringin untuk melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan.

Melihat keadaan tersebut, anda pun mula mencari maklumat mengenai perniagaan internet. Beli buku, pergi seminar, surf internet, masuk forum, baca artikel, download ebook dan sebagainya… setelah berbulan-bulan membuat kajian dan mencari maklumat mengenai perniagaan internet… anda masih begitu sahaja… tidak juga lagi memulakan langkah anda. Anda tersangkut dengan situasi..

mencari.. mencari dan terus mencari. Mana satukah kaedah yang betul dan berkesan untuk memulakan perniagaan di internet. Namun begitu, ini adalah lebih baik jika ingin dibandingkan dengan situasi orang lain yang terburu-buru.

Ada sesetengah yang tidak sabar… terus sahaja menyertai mana-mana peluang atau program yang kononnya adalah merupakan perniagaan internet….asal ada sebut e-commerce saje, terus masuk, sebut internet biz.. terus masuk!, tanpa ada usul periksa terlebih dahulu..

kononnya, dengan menyertai perniagaan atau program tersebut.. anda tidak perlu bersusah payah.. hanya masukkkan duit.. dan tunggu beberapa hari atau minggu, anda akan menjadi kaya dengan sekelip mata. Atau pun, jadi ahli… tak perlu buat apa.. hanya cari orang.. anda akan menjadi kaya selepas 3 kali jumaat.

Seperti perniagaan konvensional, perniagaan di internet tidak jauh bezanya. Anda perlu mempunyai sedikit ilmu bagaimana untuk memulakannya, anda tidak boleh terburu-buru dan juga tidak boleh terlalu lama mencari kaedah atau langkah yang sempurna untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak boleh terburu-buru kerana anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan di internet.

Tidak boleh terlalu lama juga kerana di takuti, akhirnya.. anda tidak akan membuat apa-apa pun langsung dan ini akan menjadikan keinginan anda pudar sedikit demi sedikit dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Oleh itu.. Berapa lamakah tempoh yang sesuai untuk saya belajar dan mengkaji tentang perniagaan internet sebelum memulakannya?… Saya tidak boleh memberikan jawapannya kepada anda. Ia bergantung kepada diri anda! Sepantas mana anda belajar sesuatu perkara yang baru dan sepantas mana anda memahaminya dan sejauh mana usaha anda. Semuanya terpulang pada anda.

Namun begitu, mengikut pengalaman saya sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain, anda sepatutnya sudah mampu untuk memulakan langkah pertama anda di dalam perniagaan internet selepas 6-8 bulan menelaah dan membuat kajian tentang bidang ini.

Tetapi, jika setelah lebih dari 9 bulan dan anda masih termanggu-manggu dan belum memulakan apa-apa… mungkin anda perlu berhenti berfikir sekejap dan terus melakukannya berbekalkan ilmu yang anda sedia ada. Anda tidak perlu risau… anda boleh terus belajar di samping meneruskan langkah anda di dalam perniagaan internet ini.

Seperkara lagi yang anda perlu tahu dan faham apabila ingin menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Buangkan jauh-jauh pemikiran kolot ingin “cepat kaya”. Pemikiran ini sebenarnya bukanlah tertumpu pada perniagaan internet sahaja, malah, jika anda menjalankan perniagaan secara konvensional pun, pemikiran kolot seperti ini perlulah dibuang jauh-jauh.

Ada juga sesetengah orang, agak gementar untuk memulakan perniagaan internet. Workshop sudah pergi, produk sudah ada, pelan perniagaan pun sudah ada. Tetapi, masih tidak memulakanny perniagaan internet mereka. Bila ditanya “Mengapa masih belum memulakan perniagaan internet anda?” Jawapan yang diberikan… “Saya tidak tahu bagaimana nak mula.”

Pada saya, ini bukanlah disebabkan masalah tidak tahu bagaimana nak mula, tetapi, ia adalah lebih kepada masalah keyakinan diri. Jika anda mengalami situasi sebegini, saya nasihatkan anda agar.. “just do it”. Anda sudah tahu membuat website, jadi buatlah, tidak mengapalah jika website anda kurang menarik. Itu adalah sesuatu yang normal untuk “pertama kali”. Perkara itu anda boleh perbaiki dari masa ke semasa. Percayalah, sekali anda melangkah.. langkah eterusnya akan menjadi lebih mudah.

Akhir kata, jangan terlalu lama berfikir, kelak anda akan ketinggalan. Jangan terlalu terburu-buru kelak anda akan tersungkur. Buangkan pemikiran kolot ingin cepat kaya kerana ia boleh menyesatkan anda. Mulakan langkah dengan yakin, insyallah anda akan menemui jalan kepuncak kejayaan.

Sekian, Salam cyber dari saya dan selamat maju jaya. Wassalam.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Sumber asal artikel: http://www.wangcyber.com/article/perniagaan-internet-bila-nak-mula-kan/
 
Ini lagi satu artikel yang bagus

Perniagaan Internet vs Program Wang Internet

“Pendapatan Melalui Internet” …. mungkin sesetengah daripada anda mengganggapnya hanyalah sebagai sebuah mitos dan khayalan. Anda tidak percaya bahawa internet boleh menghasilkan wang. Anda menganggap… wang dari internet hanyalah merupakan sebuah penipuan semata-mata. Mungkin anda telah mengalaminya sendiri… atau, mungkin rakan-rakan anda telah mengalaminya. Mengalami kerugian kerana melabur pada program-program di internet.

Saya tidak nafikan, memang terdapat banyak program-program penipuan yang terdapat di internet. Walaubagaimanapun. itu tidak bermakna, tidak ada langsung program yang benar-benar memberikan anda wang di internet. Pada saya, internet adalah merupakan sebuah lombong emas yang besar yang masih belum di lombong sepenuhnya, terutamanya oleh rakyat malaysia.
Oleh itu, ilmu asas untuk menilai antara “kaca dan permata” haruslah didalami terlebih dahulu sebelum anda bertindak dan menceburkan diri di dalam dunia “penjanaan wang menerusi internet”.

Secara asasnya, terdapat 2 kaedah di dalam menjana wang di internet, iaitu:-

1) Perniagaan Internet

Pernigaan internet tidak jauh berbeza konsepnya dengan perniagaan konvesional. Anda masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli. Apa yang berbeza hanyalah proses transaksi urusniaga tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online. Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya.
Antara contoh perniagaan internet adalah seperti:-

  • Menjual CD multimedia
  • Menjual ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual peta
  • Membuat Logo
  • Menjual Webhosting & nama domain
  • Menjual buku
  • Menjual tikar
  • Menjual Minyak Urut
  • Menjual ubat kuat
  • dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan-perniagaan internet seperti ini biasanya adalah benar dan jarang sekali ada yang menipu. Jika anda melakukan kaedah ini, iaitu.. membina perniagaan anda di internet seperti contoh-contoh yang saya nyatakan di atas, maka anda layak digelar sebagai “usahawan internet” dan tidak mustahil anda boleh menjadi kaya/jutawan dengan perniagaan tersebut.

Namun begitu, untuk membina sebuah perniagaan internet yang berjaya bukanlah mudah. Pelbagai ilmu perlu dipelajari, sama seperti anda membangunkan perniagaan konvensional. Membangunkan perniagaan internet bukanlah semudah dengan hanya membangunkan website sahaja. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan di dalami seperti ilmu berkenaan pemasaran internet, “Search Engine Optimization(SEO)” , “Writing Sales Letter”, “Building Web Credibility”, “Niche Market”.. dan bermacam-macam lagi.
Untuk mendalami serta berkongsi ilmu tentang membina perniagaan di internet, sertailah komuniti dan forum kami di www.wangcyber.com

2) Program Wang Internet

Ini adalah satu lagi kaedah menjana pendapatan secara online. Kaedah ini adalah lebih mudah untuk dilakukan jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu membina perniagaan internet.
Antara program-program wang penjanaan wang secara online yang popular adalah seperti:-

  • Program Autosurf / Get Paid To Surf
  • Get Paid to Read Email
  • Get Paid to Survey
  • Internet MLM
  • Google Adsense
  • Affiliate Programe
  • HYIP
  • Doubler
  • Online Trading
  • dan bermacam-macam lagi

Program-program inilah yang paling banyak dicemari dengan program-program penipuan di internet. Anda boleh menyertai program ini, dan juga tidak mustahil anda menjadi kaya dengan menyertai program ini. Namun begitu, anda perlulah berhati-hati dan betul-betul bijak menilai program yang ingin anda sertai. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji yang akan memberikan anda pulangan wang yang banyak dengan segera.

Jika anda menjadi kaya dengan menyertai program-program seperti ini, syabas saya ucapkan, namun begitu, anda masih belum layak untuk digelar sebagai usahawan internet. Ini kerana, anda tidak melakukan sebarang urusan jual beli dan tiada produk yang diniagakan, malahan website tersebut juga bukanlah milik anda. Anda hanyalah merupakan ahli atau “players” bagi perniagaan internet (kaedah pertama mencari wang di internet) . Jika anda merasakan anda sudah cukup kaya dengan menyertai program-program penjanaan wang di internet, fikirkan pula hasil yang diperolehi oleh pemilik program tersebut.

Sekali lagi saya nasihatkan, berhati-hatilah jika anda ingin menyertai mana-mana program wang online. Jika anda kurang mahir atau masih ragu mengenai sesebuah program wang online, sertai forum kami dan dapatkan pandangan dari mereka-mereka yang mahir di dalam dunia wang online ini.

Kesimpulannya, penjanaan wang secara online bukanlah suatu cerita dongeng. Sememangnya telah ramai yang berjaya menjadi jutawan dan memperolehi pendapatan mereka menerusi internet. Namun begitu, anda perlulah mempunyai ilmu dan bijak menganalisa kaedah mana yang benar dan sesuai dengan anda.

Diharapkan, selepas ini, tiada lagi kekeliruan bagi anda untuk membezakan antara “Perniagaan Internet” dan juga “Program Wang Internet”. Usahlah menganggap kesemua perniagan internet itu adalah sebuah perniagaan yang menipu. Zaman telah berubah, usah lah ketinggalan.

Sekian, Salam cyber dari saya. Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Sumber asal artikel: http://www.wangcyber.com/article/perniagaan-internet-vs-program-wang-internet/
 
meh borong aku nye RayBan..
Modal RM300 Untung RM800
 
Back
Top
Log in Register