Maksud nya, pertanyaan WAJIB yg merchant biasa tanya & perlu tahu. Merchant hy perlu banding kan 3 elemen ini shj bila memohon mesin dgn bank2. Setiap bank berlainan offer. Ambil yg terbaik.
Saya sering ditanya berkaitan MDR. MDR merujuk kepada cas yg dikenakan oleh bank terhadap setiap transaksi yg dilakukan oleh peniaga.
Rata-rata bank cas 2.0% daripada nilai yg di-swipe oleh peniaga.
Contohnya :-
Razak membeli sehelai jeans berharga RM1000 drpd Butik Levis dengan menggunakan kad kredit. MDR Butik Levis ialah 2% seperti yg ditawarkan oleh bank semasa mula-mula memohon mesin kad kredit.
Maka, selepas swipe, amaun yg diterima oleh Butik Levis ialah sebanyak RM980. RM20 telah dipotong oleh bank. Manakala, Razak perlu membayar pada bank RM1000 di akhir bulan.