BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib minta cari kepala sindiket

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA PERLIS 30 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pihak berkuasa mencari 'kepala' yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Perdana Menteri berkata, penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian di sini baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata, sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan.

"Saya difahamkan bahawa sindiket ini ketuanya bukan rakyat Malaysia...beberapa anggota polis yang kena tahan baru-baru ini kira macam balaci mereka, maknanya yang peringkat bawahan...yang jadi upahan.

"Kalau kita nak banteras ‘human trafficking’ ini, kita mesti ambil tindakan terhadap kepala-kepala mereka, bukan askar atau balaci mereka...kepala mereka mestilah diambil tindakan keras," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia 2014 di sini hari ini. - BERNAMA
 
Last edited:
Sorry of topic.. knapa aku baca mintak cerai?.. fuhhhh..
 
kenapa tak guna perkataan CEO ?

cari dan tangkap CEO mereka , mcm CEO 1MDB tu , hihihi
 
CG jd x best sbb ada orang kejar post..merapu2
alonso pun dah x post kat news mcm dulu
 
nak dptkan kepala semudah abc hahh...najib turun cari sndr lah senang
 
cameron pon katanya nak cari taiko2 besar.. yg kene tangkap cuma kuli pekerja asing je
 
Aikkkk....najib pun dah pandai cakap balaci skrg ni...heheh
 
Back
Top
Log in Register