cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Najib Razak
1 hr ·
Pendekatan yang diambil oleh kerajaan PH untuk industri taman tema jelas menunjukkan perbezaan antara PH dengan BN.
Biar saya jelaskan.
Industri taman tema ini agak luar biasa kerana ia berskala besar lantas perlukan pelaburan besar serta berterusan dan jangkamasa yang panjang untuk menjana pulangan.
Rugi pada tahap awal bukan bermakna negara rugi. Kita perlu lihat pada perspektif lebih luas iaitu limpahan perbelanjaan pelancong di hotel dan restoran tempatan serta perniagaan perniagaan berskal kecil, sederhana di sekeliling taman tema itu sendiri.
Selain cukai hiburan dikutip kerajaan bagi taman tema ini, cukai servis hotel, cukai keuntungan perniagaan, levi dikutip dari pelancong masuk ke dalam kantung kerajaan.
Sebab itu, taman tema berskala besar sering disokong, dibiayai dan dimiliki oleh kerajaan - seperti Disneyland Shanghai atau Disneyland Hong Kong.
Kisah taman MAPS di Ipoh, Perak ini agak sedih.
MAPS yang dimiliki oleh kerajaan Perak dibuka pada akhir bulan Jun 2017.
Selepas PRU14 pada bulan Mei 2018, kerajaan PH Perak membuat pelbagai tuduhan terhadap MAPS.
Mereka kata MAPS mengalami kerugian selepas satu tahun dibuka.
Belum sempat tahun pertama, dah merengek MAPS tak untung?
Taman-taman tema lain perlukan masa yang lama untuk mula menjana keuntungan. Ini sudah tentu dinyatakan pada pelan pembangunan taman tema ini. Bukan sekelip mata ia mampu meraih keuntungan. Ini realiti.
Disneyland Hong Kong pun perlukan masa 7 tahun sebelum mencatat keuntungan pertama:
Hong Kong Disney earns first profit in seven years since its opening
www.scmp.com
Selepas itu, PH kata kos RM600 juta yang diperlukan untuk membina MAPS adalah terlalu tinggi.
PH seperti tak faham bahawa taman tema berskala besar dan bertaraf antarabangsa serta menerima kerjasama jenama terkenal antarabangsa memerlukan kos yang tinggi.
Misalnya, Legoland Johor perlukan kos RM1 bilion.
Kos taman tema baru di Genting pun cecah RM3 bilion.
Baca ini:
Oct 2019: Genting theme park cost to go above US$700mln: analyst
www.ggrasia.com
Masa itu, PH dakwa wujudnya pelbagai penyelewengan dan rasuah besar dalam pembinaan MAPS.
Mereka kata mereka akan siasat.
Namun, selepas 19 bulan menyiasat mereka gagal membuktikan dakwaan mereka.
Oleh kerana PH terlampau pandai atau berlagak pandai dan mendakwa kos terlalu tinggi, mereka pun membatalkan lesen dengan Dreamworks Animation.
8 Ogos 2018: Perjanjian lesen DreamWorks di MAPS dibatalkan
www.bharian.com.my
Ramai pelancong asing tak kenal Boboiboy. Mereka kenal Shrek, Madagascar, Kung Fu Panda dari Dreamworks. Ini satu strategi promosi untuk pelancong ke negara ini selain tarikan tarikan lain.
Dengan itu, daya tarikan antarabangsa terkenal dari DreamWorks tidak boleh digunakan untuk menarik pelancong asing lagi supaya PH boleh jimat kos anggaran RM15 juta setahun.
Selepas itu, kerajaan PH Perak batalkan juga syarikat pengurusan profesional yang dilantik kerajaan BN dahulu:
Oct 2018: Only World Group dips 1.48% after scrapping MAPS plan in Ipoh
www.theedgemarkets.com
PH mahu uruskan MAPS itu dengan sendiri kerana mereka lagi pandai.
Lalu, caj kemasukan ke dalam taman tema dimansuhkan pada 1 Mac 2019.
Selepas itu, pekerja-pekerja MAPS dibuang kerana MB kata MAPS perlu jimat kos.
Akibatnya, ramai pelawat mengadu bahawa hampir separuh tarikan di MAPS tidak berfungsi - kononnya dalam penyelenggaraan.
Rating dan pengesyoran yang diberi oleh pelawat semakin jatuh.
Pelawat semakin berkurangan kerana kurangnya promosi dan tarikan baru.
Akhirnya, bank mula mengambil tindakan kerana MAPS gagal untuk membayar hutang:
"10 Dis 2019: MAPS akan terus beroperasi, kata MB Perak"
www.sinarharian.com.my
Minggu lalu pula, MAPS terpaksa berhenti operasi untuk 2 hari pada ketika cuti sekolah kerana bekalan elektrik terputus.
rileklah.com
Satu keadaan yang amat memalukan!
MAPS kini nyawa-nyawa ikan sahaja. Bagai telur di hujung tanduk.
Hidup segan, mati tak mahu.
Tiada promosi secara besar-besaran, tiada tarikan baru.
Jumlah pelawat semakin merosot, rating semakin teruk dan daya tarik pelancong asing semakin terjejas.
Kerajaan tak patut biarkan situasi ini berterusan.
Pilihannya cuma dua untuk kerajaan PH.
Sama ada tutup taman tema ini dan telan kerugian RM600 juta buat selama-amanya.
Atau suntik dana dan cari pelabur baru untuk menghidupkan semula MAPS.
Khazanah Nasional boleh memainkan peranan demi kepentingan nasional.
Khazanah adalah pemilik Kidzania, Legoland Johor, Sario Hello Kitty town Johor dan Thomas Town Johor.
Khazanah patut mengambil alih MAPS dari kerajaan Perak.
Khazanah juga patut menangguhkan rancangan mereka untuk tutup Hello Kitty & Thomas Town pada 31 Disember 2019 kerana ia langsung tak masuk akal untuk menutupnya sehari sebelum Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula.
Dan sepatutnya, Khazanah melihat semula apa yang patut dilakukan pada Hello Kitty, bagi menjadikan ia lebih menarik dan bukannya membiarkan pelaburan hilang begitu sahaja.
Penambahan baik dan pembaharuan berterusan perlu ada.
Lepas itu, Khazanah patut melabur untuk membuat promosi bersama secara besar-besaran untuk Legoland, MAPS, Hello Kitty town dan Thomas Town untuk menarik pelancong asing.
Promosi perlu lebih kreatif serta strategik dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.
Jika kita tarik 100,000 pelancong asing yang berbelanja RM3,000 seorang semasa tahun melawat Malaysia 2020, nilai pendapatan untuk negara sudah RM300 juta.

Seven years after opening, Hong Kong Disneyland has made a profit for the first time, thanks to surging visitor numbers. For the fiscal year ending September 2012, the theme park earned revenue of HK$4.3 billion, up 18 per cent from a year ago, and made a profit of HK$109 million. Visitor...
Selepas itu, PH kata kos RM600 juta yang diperlukan untuk membina MAPS adalah terlalu tinggi.
PH seperti tak faham bahawa taman tema berskala besar dan bertaraf antarabangsa serta menerima kerjasama jenama terkenal antarabangsa memerlukan kos yang tinggi.
Misalnya, Legoland Johor perlukan kos RM1 bilion.
Kos taman tema baru di Genting pun cecah RM3 bilion.
Baca ini:
Oct 2019: Genting theme park cost to go above US$700mln: analyst
Genting theme park cost to go above US$700mln: analyst - GGRAsia
Genting Malaysia Bhd’s heralded outdoor theme park for its Genting Highlands casino resort (pictured) near Kuala Lumpur, Malaysia, will “incur more“ capital expenditure before it can be completed, “which we did not expect,” said Maybank Investment Bank Bhd in a Monday memo. The note to investors...
Masa itu, PH dakwa wujudnya pelbagai penyelewengan dan rasuah besar dalam pembinaan MAPS.
Mereka kata mereka akan siasat.
Namun, selepas 19 bulan menyiasat mereka gagal membuktikan dakwaan mereka.
Oleh kerana PH terlampau pandai atau berlagak pandai dan mendakwa kos terlalu tinggi, mereka pun membatalkan lesen dengan Dreamworks Animation.
8 Ogos 2018: Perjanjian lesen DreamWorks di MAPS dibatalkan
Perjanjian lesen DreamWorks di MAPS dibatalkan | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Perak Corporation Bhd (PCB) mengumumkan anak syarikat 51 peratus milik tidak langsungnya, Animation Theme Park Sdn Bhd, (ATP) secara rasmi menamatkan Perjanjian Lesen yang dimeterai dengan DreamWorks Animation L.L.C untuk penubuhan dan pengoperasian daya tarikan DreamWorks di Movie...
Ramai pelancong asing tak kenal Boboiboy. Mereka kenal Shrek, Madagascar, Kung Fu Panda dari Dreamworks. Ini satu strategi promosi untuk pelancong ke negara ini selain tarikan tarikan lain.
Dengan itu, daya tarikan antarabangsa terkenal dari DreamWorks tidak boleh digunakan untuk menarik pelancong asing lagi supaya PH boleh jimat kos anggaran RM15 juta setahun.
Selepas itu, kerajaan PH Perak batalkan juga syarikat pengurusan profesional yang dilantik kerajaan BN dahulu:
Oct 2018: Only World Group dips 1.48% after scrapping MAPS plan in Ipoh
Only World Group dips 1.48% after scrapping MAPS plan in Ipoh
KUALA LUMPUR (Oct 26): Shares in Only World Group Holdings Bhd (OWG) fell in early trade this morning after the group and Perak Corp Bhd scrapped plans to co-manage and co-operate in the floundering Movie Animation Park Studios (MAPS) in Ipoh, Perak. At 9.25am, OWG fell 1.48% or 1 sen t...
PH mahu uruskan MAPS itu dengan sendiri kerana mereka lagi pandai.
Lalu, caj kemasukan ke dalam taman tema dimansuhkan pada 1 Mac 2019.
Selepas itu, pekerja-pekerja MAPS dibuang kerana MB kata MAPS perlu jimat kos.
Akibatnya, ramai pelawat mengadu bahawa hampir separuh tarikan di MAPS tidak berfungsi - kononnya dalam penyelenggaraan.
Rating dan pengesyoran yang diberi oleh pelawat semakin jatuh.
Pelawat semakin berkurangan kerana kurangnya promosi dan tarikan baru.
Akhirnya, bank mula mengambil tindakan kerana MAPS gagal untuk membayar hutang:
"10 Dis 2019: MAPS akan terus beroperasi, kata MB Perak"
MAPS akan terus beroperasi, kata MB Perak
IPOH - Taman Tema Studio Animasi (MAPS) akan terus beroperasi seperti biasa biarpun syarikat yang mengendali taman tema tersebut Animation Theme Park (ATP)...
Minggu lalu pula, MAPS terpaksa berhenti operasi untuk 2 hari pada ketika cuti sekolah kerana bekalan elektrik terputus.
Taman Tema MAPS Dibuka Semula Hari Ini Selepas Bekalan Elektrik Terputus
16 Disember lalu, laman Facebook rasmi Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) memuat naik sebuah status yang mengatakan premis mereka ditutup sementara waktu bermula 16 Disember 2019 sehing