BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib cabar PAS tinggalkan DAP

astrowan

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,318
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,318
Reaction score
251
Points
146
Melangkah ke pusingan akhir persediaan untuk menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.

Sambil mendakwa PAS telah diperkudakan oleh DAP, Najib mencabar parti Islam itu meninggalkan DAP.

"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.

NONEMenurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".

"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

"(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.

Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.

"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.

"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.

Katanya lagi, ia berhubung dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.

"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.

Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.

"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.

"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.

http://www.malaysiakini.com/news/183131

:eek::eek::)):)):)cgrock:)cgrock
 
Aku cabar plak BN singkirkan MCA...ada bran?
 
org dah gila ...tu laa kena sawan lembu banyak sangat
 
org dah gila ...tu laa kena sawan lembu banyak sangat

Ramai ahli/pemimpin UMNO minta PAS tidak bekerjasama dengan DAP. Kenapa ye????:-?:-?:-? Adakah jika PAS keseorangan maka mereka akan menyokong PAS????


Adakah semasa PAS keorangan dulu mereka menyokong parti itu???


Saya tak minat sangat dgn politik tapi saya pelik.......
 
Ramai ahli/pemimpin UMNO minta PAS tidak bekerjasama dengan DAP. Kenapa ye????:-?:-?:-? Adakah jika PAS keseorangan maka mereka akan menyokong PAS????


Adakah semasa PAS keorangan dulu mereka menyokong parti itu???


Saya tak minat sangat dgn politik tapi saya pelik.......

Tu namanya meroyan, konon nak pecah belahkan PR...:)cgrock:)cgrock
 
cabar orang konon...keris tak menang klau mca tade....kan kan..:))
 
nak jadi jaguh org melayu la ni
 
Aku cabar umgokkkkkkkkkkkkk jalankan hudud?berani x?kecut?
 
Back
Top
Log in Register