BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Najib bakal didakwa: PM

Mr. Redz

Fun Poster
Messages
772
Joined
Sep 10, 2012
Messages
772
Reaction score
17
Points
15
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) semalam, melaporkan Perdana Menteri tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

"Tidak akan ada rundingan," kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

"Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu," katanya.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.

Menurut laporan WSJ, Dr Mahathir menjangkakan menerajui pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin berusia 92 tahun itu membayangkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara.

Anwar yang disabitkan kesalahan meliwat, dijangka dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh.

Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata, Anwar akan dibebaskan esok dan membayangkan Anwar mengetuai satu daripada parti yang menjadi gabungan dalam parti pemerintah sebelum menjadi perdana menteri. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426165/najib-bakal-didakwa-pm
 
Bole cepat'n sikit tak. Tak sukelah lmbt2. Dhler spr umum keputusan pru lmbt aritu. Kali ni kasi cepat sikit.ekekekeke
 
tula..media2 luar dah lama dokumentarikan isu skandal2 malaysia ni...
 
semua bukti dh ada tu... cuma skrg ni...nak bawak masuk mahkamah je... dah tak lama dah.

agak agak ada tak peguam nak wakili najib nnt?
 
Altantuya sharibu.......

Paling orang nantikan

altantuya.jpg
 
Ala najib msok pnjara pon msti dpt lyanan vip..bkn kena dok pnjara kotor pon.so tngkap jelah cpt skit
 
Back
Top
Log in Register