BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nahas akibat rempuh anjing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpeg

Keadaan kemalangan di Kilometer 36 Jalan Seremban-Tampin, semalam​

REMBAU - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar seekor anjing sebelum terbabas lalu bertembung sebuah lori di Kilometer 37 Jalan Seremban-Tampin, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.05 pagi itu, mangsa, Ahmad Jabbar Mohd Mahfuz, 20, dikatakan menunggang sendirian dari arah Kota menghala Seremban.

Saksi kejadian, Azhar Ujang, 23, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan balik ke rumah dari Seremban ke Kota dan berada tidak jauh dari belakang lori.

"Dalam sekelip mata saya lihat motor dari arah bertentangan terbabas ke laluan kami setelah merempuh seekor anjing dan motor berkenaan terus terperosok ke bawah lori.

"Saya dapat mengelak dari merempuh kedua-dua kenderaan itu dan terus ke Balai Polis Kota bagi melaporkan kejadian," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, awal pagi semalam.

Kelindan lori muatan makanan sejuk beku, Shahrizan Kamarduin, 46, berkata, sebelum kejadian dia yang hendak terlelap tiba-tiba terkejut mendengar bunyi dentuman.

"Saya berasa sangat cemas apabila merasakan terdapat motosikal yang terseret di bawah lori dan ini merupakan pengalaman kali pertama terbabit dalam kemalangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki cuba mengelak anjing yang dilanggar.

"Dia bagaimanapun turut gagal mengawal kenderaan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan kemudian merempuh lori di hadapannya," katanya di sini.
 
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْن

Sebelum tu, ada Sorang lagi adik beradik arwah kemalangan gak.. Meninggal jugak..
 
aku pun pelik la anjing nie..kat highway hari tu pun aku ley nampak mereka bersuka ria cross jalan nasib sempat ngelak #:-S
 
Back
Top
Log in Register