BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafsu Yang Degil

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Dalam sebuah kitab karangan 'Usman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 
berpuasalah untuk menahan nafsu dari membinasa diri
 
time kasih..aku mmg tgh bernafsu ni..kena pose la yer.
 
erm kalau dah berpuasa pun nafsu cam haram gak meronta camne?
nak menerakakan nafsu ni susah gak..
 
huhu dah kene hukum neraka pun liat lagi...camner ni..huhuhu
 
erm kalau dah berpuasa pun nafsu cam haram gak meronta camne?
nak menerakakan nafsu ni susah gak..

Sedikit info yg aku nak share. Berpuasa ada kategeri2 nya juga. Ada org berpuasa semata2 utk menahan lapar dan dahaga meybe sbb dia da takde bajet utk makan atau yg seangkatan dgn nyer. Puasa yg di tuntut adalah puasa jihad...iaitu puasa melawan nafsu. Jihad nafsu adalah lebih susah/lebih besar drp jihad fisabilillah (jihad perang). jadi, bg yg gagal melawan nafsu walaupon dia sedang berpuasa, marilah kita menganalisis semula kenapa kita gagal kawal nafsu? dlm puasa, kita di suruh bykkan amal ibadat, disamping badan kita yg lemah,amal ibadat dpt membantu meningkatkan ketaqwaan diri kita terhadap ALLAH.

actually kita kene train diri kita serta meletakkan nawaitu bila kita puasa, kita leh rasa mcm mana org miskin survive,dgn itu kita boleh insaf, bila kita insaf,secara tak langsung kita dpt merendahkan diri kita dan lebih bersifat bersyukur pada Tuhan, dgn itu nafsu pon turun takhta...lebih kurang la....

sekadar share info...
 
ikutkan nafsu lesu...ikutkan hati mati!
 
Back
Top
Log in Register