BTC USD 82,934.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nafsu yang degil pada perintah allah

Be a Yed

Banned
Messages
1,289
Joined
Dec 23, 2010
Messages
1,289
Reaction score
103
Points
33
NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

dalam sebuah kita karangan 'Ustman Bin Hassan Bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

"wahai akal mengadaplah engkau"
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah SWT, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, :

"wahai akal berbaliklah engkau",
lalu akal pun berbalik. kemudian Allah SWT berfirman lagi bermaksud, :

"wahai akal! siapakah aku??,
lalu akal pun berkata,
"Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah".

lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud,:
"wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau."

Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!."

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?"
Lalu nafsu berkata,
"aku adalah aku, Engkau adalah Engkau."


lalu Allah SWT menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, :

"siapakah engkau dan siapakah aku?"
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata,
"aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku"

dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah SWT mewajibkan puasa. dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia mengawal kita maka kita akan menjadi MUSNAH....
 
bagus utk tatapan umum
 
Back
Top
Log in Register