BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabil Tak Buru Gelaran Glamor

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
7192008_nabilcrop(a).jpg


KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2008: Tidak pernah terlintas di fikiran juara program realiti Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 25, untuk berada pada kedudukan sekarang.


Hakikatnya hidup Nabil kini mula dilimpahi dengan pelbagai tawaran termasuk berlakon filem hingga memaksa jejaka tinggi lampai kelahiran Mambau, Negeri Sembilan ini menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Lu Pikir Sendiri Sdn Bhd.


Malah, pengalaman berlakon di samping idolanya, Saiful Apek menerusi filem komedi arahan Profesor A Razak Mohaideen bertajuk Sifu & Tonga membuka pintu hati Nabil untuk meneroka dunia perfileman.


Bukan sekadar untuk bergelar pelakon yang baik, platform itu akan digunakan Nabil untuk bergelar pengarah suatu hari nanti.

"Memang saya ada impian nak terbitkan drama atau program TV saya sendiri. Sekarang pun saya sedang berusaha ke arah itu. Insya-Allah tak lama lagi anda akan dapat lihat program terbitan syarikat saya.


"Bagaimanapun saya masih belajar untuk bergelar pelakon dan pada masa yang sama ingin mendalami bidang post produksi," katanya.


Nabil berkata, pengalamannya bersama produksi Sifu & Tonga sepanjang Jun lalu, memperkenalkan dia kepada dunia perfileman yang disifatkannya bukan mudah untuk disempurnakan. Bagaimanapun dia bernasib baik kerana mendapat tunjuk ajar daripada barisan pelakon filem berkenaan seperti Saiful Apek, Erra Fazira, Jaafar Onn, Din Beramboi, Fauziah Ghous dan Nana Era.


"Dalam filem itu saya memegang watak sebagai Tonga iaitu side kick kepada Sifu (Saiful Apek). Seronoknya sebab kami sama-sama berperwatakan gila-gila.


"Berlakon dengan Apek memang impian saya. Jadi filem itu membuka peluang kepada kami untuk kenal lebih rapat. Malah Apek juga ada memberikan nasihat kepada saya untuk menjadi pelawak dan pelakon komedi yang baik," kata Nabil yang baru pulang bercuti di Hong Kong.

Komen Nabil Tentang :


Mawi

"Nak samakan saya dan Mawi? Mana boleh. Dia menyanyi, saya melawak. Tapi kalau dari segi pencapaian, saya teringin untuk berjaya seperti Mawi."

Demand

"Saya senang dibawa berunding. Kalau ada tawaran untuk sesebuah acara, saya akan tengok berapa bajet pihak penganjur berkenaan. Kalau bajetnya sikit takkanlah kita nak minta banyak-banyak. Saya juga akan tengok kalau jadual saya free. Besar kepala atau demanding, heee... mungkin tidak. Nanti esok lusa, nanti tawaran tak datang lagi."

Glamor

"Saya tak nampak saya glamor pun. Bagi saya bakat bukan untuk ditunjuk-tunjuk tapi untuk diberi kepada penonton. Kerja saya sekarang sama juga macam dulu, dapat gaji. Cuma kerja saya sekarang adalah di depan kamera, atas pentas atau lokasi shooting."

Barang Idaman
"Saya banyak dapat hadiah free daripada peminat. Tapi barang pertama yang saya beli selepas menang Raja Lawak adalah kamera dan tripod untuk syarikat produksi saya. Itu kira pelaburanlah."

Kahwin

Mungkin bila umur saya cecah 27 tahun. Itu pun kalau ada jodoh. Tapi sekarang belum ada girlfriend lagi."

p/s: Betul ker belom ada girlfriend ? :">
 
nie dr wartawan Murai batu gak ka haha
 
ceh,hampas.....
 
semua filem nabil ni berlakon sumo mcm ampeh.tak tau silap sapo.sumo nyo lawak vodo takle bla.
 
comment bese artis jek...mane ade artis xnk glamour...
 
no komen,tgk ok jer...tu terpulangla pd diri dier...nk kejar glamour ke x...
 
Back
Top
Log in Register