Nabi Syith A.S

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,765
Reaction score
12,193
Points
2,376
SIRI PARA ANBIYA': NABI SYITH

Nabi Syith merupakan anak bongsu kepada Nabi Adam dan Siti Hawa. Nama sebenar beliau ialah Haibatullah sementara di dalam Kitab Shajrat ul-Atrak, beliau digelari sebagai Ghazi Nu. Menurut riwayat, beliau dilahirkan ketika usia bapanya Nabi Adam 700 tahun. Beliau dikatakan telah dilahirkan di negeri Assyria dan menghabiskan hidupnya di negeri itu.

Menurut Kitab Taurat (Perjanjian Lama), beliau dilahirkan bersendirian tanpa pasangan kembar. Menurut mereka, nama Syith bermaksud "Pemberian dari Allah" iaitu merupakan pemberian sebagai ganti Habil. Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Siti Hawa melahirkan Nabi Syith bersama saudara perempuannya, Azura. Sewaktu melahirkan Nabi Syith, Malaikat Jibrail pun berkata kepada Nabi Adam dan Siti Hawa: "Sesungguhnya bayi ini adalah pemberian dari Allah sebagai ganti Habil".

Nabi Syith merupakan orang pertama yg bercakap dalam bahasa Ibrani, orang pertama memakai kopiah dan kasut. Di samping itu, beliau juga merupakan seorang manusia yg sangat pemurah dan merupakan ketua manusia pada zamannya. Beliau mempunyai perwatakan, tabiat dan rupa paras yg sama dengan bapanya kecuali beliau mempunyai jambang sentara bapanya tidak mempunyai jambang. Beliau juga merupakan orang pertama yg mengeluarkan kata² hikmah, melakukan transaksi emas dan perak, memperkenalkan jual beli, membuat timbangan dan rakaman serta menjadi manusia pertama yg melakukan penggalian barang tambang dari dalam bumi.

Kepadanya, Allah menurunkan lembaran suhuf (1/4 dari kitab) sebanyak 50 Sahifah seperti mana yg diriwayatkan oleh Abu Dzar Al-Ghifari dimana Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah menurunkan 140 Sahifah dan kepada Syith sebanyak 50 Sahifah". Suhuf Nabi Syith merupakan yg terbanyak yg diterima oleh seorang Nabi. Suhuf/Sahifah merupakan firman Allah yg disampaikan kepada Nabi dalam bentuk lembaran² terpisah, tetapi tidak harus disampaikan kpd umatnya. Isi kandungan yg terdapat dalam Suhuf berupa pujia²an dan zikir kepada Allah.

Diceritakan setelah Habil meninggal dunia, Nabi Adam merasa sangat sedih. Kemudian, Allah menggantikan Habil dengan seorang anak yg memiliki paras yang indah seperti Nabi Adam. Di samping itu, ia memiliki kebajikan yg amat luar biasa sehingga Nabi Adam telah memilihnya sebagai penggantinya.

Setelah meningkat dewasa, beliau berkahwin dengan Hazirah binti Adam. Ada juga mengatakan bahawa isteri beliau bernama Siti Kulat, iaitu seorang Bidadari dari Syurga yg dibawa oleh Malaikat Jibrail. Hasil dari perkahwinan tersebut, Nabi Syith mempunyai beberapa orang anak lelaki dan anak perempuan. Adapun yg lelaki bernama Anusy, Elide'ah, Funa dan Matath sementara anak perempuan bernama Melila, Edna, Malida, Niba, Fonna, Matha, Noam dan Tela (Thila). Adapun anak perouan beliau yg bernama Niba telah berkahwin dengan Irad bin Akhnukh bin Qabil bin Adam.

Menurut Nussari, ketika Nabi Syith berusia 230 tahun, Allah telah menyampaikan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibrail agar membina Kaabah. Setelah mendapat perintah, beliau pun menuju ke Makkah dan membina Kaabah diatas struktur Kaabah yg dibina oleh bapanya, Nabi Adam. Beliau menyambung struktur Kaabah yg sedia ada dengan lumuran dari lumpur dan batu hingga beliau terkenal dan digelari sebagai Ghazi Numoon. Kemudian nama ini dikenal oleh bangsa Mesir dan Yunani sebagai Agathodaimon.

Ketika Nabi Syith berusia 400 tahun, bapanya Nabi Adam telah wafat. Sebelum wafat, Nabi Adam telah memberikan kepada anaknya, Nabi Syith sebuah peti, lembaran wasiat, pedang dan seekor kuda Seberani (kuda bersayap) yg bernama al-Maimun yg diturunkan dari Syurga. Nabi Adam juga memberikan nasihat penting kepada anaknya itu, antara lain sebagai berikut:

"Janganlah engkau merasa tenang dan hidup aman di dunia. Kerana aku merasa hidup di Syurga yg bersifat abadi, ternyata aku dikeluarkan oleh Allah daripadanya".

"Janganlah engkau bertindak menurut kemahuan hawa nafsu isteri² kamu. Kerana aku bertindak menurut kesenangan hawa isteriku, sehingga aku memakan buah pohon terlarang lalu aku menjadi menyesal".

"Setiap perbuatan yg engkau lakukan, renungkan terlebih dahulu akibat yg akan ditimbulkan. Seandainya aku merenungkan akibat suatu perkara, tentu aku tidak tertimpa musibah seperti ini".

"Ketika hati engkau merasakan terdetik sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Kerana ketika aku hendak makan syahadah, hatiku terdetik sesuatu, tetapi aku tidak menghiraukannya, sehingga aku benar² menemui penyesalan".

"Berbincanglah mengenai sesuatu perkara kerana seandainya aku berbincang dengan para Malaikat, tentu aku tidak akan tertimpa musibah" .

Mengenai kuda seberani yg diterima oleh Nabi Syith, apabila ia merengek semua binatang yg ada di muka bumi menjawab dengan bertasbih. Di samping itu, Nabi Adam mengajarkan Nabi Syith tentang hitungan waktu siang dan malam dan cara beribadah kepada Allah. Selain itu, Nabi Adam memberi teguran agar tidak mendekati keturunan Qabil serta mengingatkan akan terjadinya Banjir Besar yg melanda bumi. Nabi Adam juga menceritakan bahawa dalam tiap saat terdapat satu jenis makhluk yg beribadah pada waktu itu. Nabi Adam berkata: "Wahai anakku, Banjir Besar akan terjadi di bumi ini. Ia tidak akan surut selama tujuh tahun".

Kemudian Nabi Adam berkata lagi: "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian kepadamu untuk sentiasa menjaga Nur Agung (Nur Muhammad) ini. Janganlah engkau letakkannya kecuali pada wanita yg paling suci dan mulia keturunannya". Nabi Adam juga berpesan agar menyembunyikan ilmu dari Qabil dan keturunannya.

Beberapa hari kemudian, Nabi Adam pun wafat setelah jatuh sakit selama 11 hari. Maka tampuk pimpinan bahagian agama dipimpin oleh Nabi Syith atas lantikan Allah melalui perantaraan Malaikat-Nya. Pada zaman beliau, umat manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pengikut Nabi Syith dan pengikut Qabil. Menurut riwayat, Bani Qabil tinggal di wilayah Mesopotamia dan membangun sebuah kerajaan. Raja pertama kerajaan itu bernama Shamyaza (keturunan Nabi Syith yg engkar).

Setelah Shamyaza mangkat, ia digantikan oleh Alulim (Alorus) dan diikuti oleh sembilan raja lainnya sehingga berlakunya Banjir Besar. Bani Syith pula dikatakan tinggal di wilayah Abu Qubays, Makkah hingga Mesir. Mereka menjaga kesucian mereka dari bergaul dengan keturunan Qabil. Sebahagian keturunan Nabi Syith berhijrah ke Mesir dan ke wilayah Eropah dibawah pimpinan Kursus, keturunan kelima dari Nabi Adam.

Beberapa tahun kemudian, Nabi Syith telah mempersiapkan diri untuk berperang dengan saudaranya, Qabil. Dalam peperangan itu, Nabi Syith memperoleh kemenangan dan dapat menawan Qabil. Itulah peperangan pertama yg terjadi di atas muka bumi di antara anak² Nabi Adam. Sebagai tawanan, Qabil berkata: "Wahai Syith, jagalah persaudaraan di antara kita". Nabi Syith menjawab: "Mengapa engkau sendiri tidak menjaganya sehingga engkau sanggup membunuh saudaramu Habil?". Kemudian, Nabi Syith membelenggu kedua tangan Qabil di atas bahu dan ditahan di tempat yg panas sehingga Qabil meninggal dunia. Kematian Qabil disaksikan oleh anak²nya.

Kemudian, mereka bermaksud hendak menguburkannya tetapi ketika itu, Iblis pun datang kepada mereka dalam rupa Malaikat. Iblis berkata kepada mereka :"Wahai anak² Qabil, janganlah kamu semua menguburkan jasad bapa kamu ke dalam bumi". Kemudian Iblis membawakan kepada anak² Qabil dua batang hablur yg telah dilubangi tengah²nya.
Iblis kemudian menyuruh anak² Qabil memasukkan mayat Qabil ke dalam ruang antara dua hablur itu, memakaikannya pakaian terindah dan meminta-minta dengan ramuan² tertentu supaya jasad Qabil tidak mengering.

Kemudian, Iblis menyuruh mereka menyimpannya di dalam sebuah rumah, diletakkan di atas kerusi yg terbuat dari emas dan memerintahkan kepada setiap orang yg masuk ke rumah itu supaya bersujud kepadanya sebanyak tiga kali. Iblis juga memerintahkan mereka agar membuat perayaan setiap tahun untuknya dan berkumpul di sekitarnya.

Perbuatan yg dilakukan oleh keturunan Qabil sampai ke pengetahuan Nabi Syith. Nabi Syith dengan keturunannya melakukan penyerangan bagi membenteras perbuat tersebut.

Setelah usia Nabi Syith sudah lanjut, beliau telah melantik anaknya yg bernama Anusy menjadi Nabi bagi meneruskan risalah kenabian yg dibawanya. Setelah beliau wafat, beliau dikebumikan di sebuah desa di Mosul. Ada juga mengatakan bahawa beliau dikebumikan di Sahlul Biqa' di Timur Laut Lubnan.

#MAMR

 
Top
Log in Register