BTC USD 84,458.3 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Sulaiman a.s.

Mgkn tuan ley bg pencerahan skit

one ring rules them all...tu pasal cincin nabi sulaiman...yg hilang...kata nya dapat kat sekor jin..xpasti la...
 
Quran (38:30 - 34) Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat). (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Sulaiman ditunjukkan kepadanya pada suatu petang, satu kumpulan kuda yang terpuji keadaannya semasa berdiri, lagi yang tangkas semasa berlari. (Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: " Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam". (Kemudian Nabi Sulaiman berkata kepada orang-orangnya): " Bawa balik kuda itu kepadaku"; maka ia pun tampil menyapu betis dan leher kuda itu (seekor demi seekor). Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami)

Kalau menurut ulamak tafsir ayat 38:34 tu turun apabila sekor jin berjaya curi cincin nabi sulaiman. akibatnya selama 40 hari nabi sulaiman dok merempat, lapar dan dahaga, sorang pon tak mau kasik beliau mkn sebab tak seorang pon kenal dia. Sampailah nabi sulaiman kerja jadi nelayan dok tepi laut. Dan Asif Barkiya terjumpa Nabi sulaiman dan dia terkejut lalu nabi sulaiman pon cakap cincin dia kena curi. So Asif pon buat lah pengumuan bahawa Cincin sulaiman telah dicuri sekor Jin. Jin yg dok atas tahta sulaiman terus kecut perut bila org ramai tau. Terus dia gi kelaut campak cincin tu dan cincin tu ditelan oleh sekor ikan. Nabi Sulaiman yg jadi nelayan dgn takdir Allah dpt tangkap ikan yg telan cincin tu. Bila dia belah perut ikan tu terjumpa beliau cincin tu lalu nabi sulaiman pon berdoa kepada Allah Quran (38: 35 - 40)

Katanya: " Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya ". Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendaK ditujunya; Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (Serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa yang engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ". Dan sesungguhnya ia mempunyai kedudukan yang dekat lagi mulia di sisi Kami, serta tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

:)
 
one ring rules them all...tu pasal cincin nabi sulaiman...yg hilang...kata nya dapat kat sekor jin..xpasti la...

Tepat sekali tuan.. cincin nie lah yg diburu oleh puak satu lagi bersama-sama dgn relic of true cross dan arc of convenient :D
 
Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu [At Taubah: 9]
 
Back
Top
Log in Register