DenyMyExistenc3
Fun Poster
- Messages
- 613
- Joined
- Aug 6, 2008
- Messages
- 613
- Reaction score
- 100
- Points
- 23
Tanda-tanda Muhammad dalam ucapan-ucapan Gautama Buddha
Masalah orang yang digelar Gautama Buddha ini masih diperdebatkan ramai sarjana.Adakah Gautama Buddha salah seorang nabi?Jika kita lihat di dalam khutbahnya atau ajaran-ajarannya,Buddha tidak pernah mengajarkan kepada penyembahan dirinya ataupun patung-patung.Buddha hanya menekankan cara-cara mengatasi nafsu.Baiklah dalam kes ini kita gunakan pelajaran ketiga,di mana melaluinya kita dapat membuat andaian bijak melalui hujah-hujah berikut:
-Koleksi khutbah Buddha atau nasihatnya ditulis 300 tahun selepas kematiannya malah penulisan ini (Tripitaka) telah bercampur aduk dengan pandangan-pandangan Bikkhu dan para rahib.Ia ibarat Taurat yang digabungkan dengan Talmud.Dalam jarak yang begitu lama (3 abad) sudah pasti ajaran asli telah terpesong dan hilang sama sekali dan dicampur dengan dongengan dan ajaran agama yang dibuat-buat.
-Ketika era Dinasti Kunshan (pengaruhnya meliputi utara India dan Asia Tengah) terutama raja Kanishka (120-162 AD) yang memeluk agama Buddha,pelbagai pengaruh masuk seperti Pagan,Hellenistik termasuk Hindu menyebabkan terjadinya perubahan besar-besaran.Pemujaan patung Buddha semakin menjadi-jadi.Dan ini diakui oleh ramai pengkaji merupakan rombakan seluruh ajaran Buddha sebenar.
-Seorang sami muda bernama Sariputra telah merombak ajaran Buddha secara sesuka hatinya.Sariputra adalah seolah-olah jelmaan Paulus dalam agama Kristian.Paulus telah merombak ajaran Isa a.s dan menambah-nambah perkataan dalam Injil.
Daripada hujah-hujah di atas,kita dapat menghidu bahawa kemungkinan juga Gautama Buddha adalah salah seorang pemberi peringatan itu,namun ajarannya telah diseleweng secara sadis,dan pengikut terkemudian memandai-mandai membina patungnya.Ini berdasarkan khutbah-khutbahnya yang melarang zina,melakukan kejahatan dan menganjurkan berbuat baik dan mengatasi nafsu sendiri adalah ajaran-ajaran yang secocok dengan apa yang dibawa oleh Islam.Dewasa ini para pengkaji teks-teks agama Buddha mengatakan bahawa Buddha tidak menyentuh langsung tentang Tuhan,namun kita boleh mengandaikan bahawa ucapan-ucapan tentang Tuhan mungkin diedit ataupun dipadamkan.Satu perkara yang menarik,sejarah agama Buddha juga menyaksikan munculnya persidangan-persidangan seperti Persidangan Pertama di Rajagaha dan yang kedua di Vasali.Persidangan-persidangan ini mirip persidangan-persidangan Kristian seperti di Nicea.Ketika persidangan inilah ajaran-ajaran Buddha sebenar dirombak habis-habisan dan ajaran Buddha versi Sariputra telah diambil.Agama Buddha juga berpecah menjadi dua aliran besar iaitu Mahayana dan Hinayana.Hinayana pula terpecah menjadi dua iaitu Theravadi dan Sarvastivadi.
Jika kita menganggap Gautama Buddha seorang nabi yang memberi peringatan,tiada salahnya kerana sepertimana ajaran Veda yang diseleweng sehingga menjadi agama menyembah berhala,Hindu...ajaran Sang Buddha juga pasti tidak terlepas dari segala pembohongan ini.
Mari kita jejak debu-debu yang masih tertinggal di dalam ajaran Buddha tentang kehadiran penyelamat terakhir ini.

Last edited: