BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad dlm Kitab Hindu

panjang sangat...heeheheeh.
aper kesimpulan yg bagus tuan tanah....
 
sebelum tuan tanah pandai pandai jadi Master of Cut and Paste, tolong selidik dulu sebelum C N P.....

memang kalau nak ikutkan nabi muhd memang ader tertulis di kitab hindu.. TETAPI... dia digelar sebagai orang yang jahat yang akan membawa "agama syaitan" bersamanya...

so.. tolong kaji balik dgn apa yang tertulis di kitab hindu..yang berjudul Bavisya Purana...yang wujud beribu tahun sebelum kemunculan nabi muhd..

jadi berwaspadalaa sebelum memakai agama lain untuk kepentingan agama sendiri....
 
good info..mmg semue kitab agama lain ade featuring nabi2 kite.. harap2 terbuka la hati diorang kat Islam nanti
 
sebelum tuan tanah pandai pandai jadi Master of Cut and Paste, tolong selidik dulu sebelum C N P.....

memang kalau nak ikutkan nabi muhd memang ader tertulis di kitab hindu.. TETAPI... dia digelar sebagai orang yang jahat yang akan membawa "agama syaitan" bersamanya...

so.. tolong kaji balik dgn apa yang tertulis di kitab hindu..yang berjudul Bavisya Purana...yang wujud beribu tahun sebelum kemunculan nabi muhd..

jadi berwaspadalaa sebelum memakai agama lain untuk kepentingan agama sendiri....

Pelik jika dikatakan membawa agama syaitan...sedangkn ajaran Islam (Nabi Muhammad) menyuruh berbuat kebaikan & meninggalkan segala kemungkaran & menyembah Allah (tuhan yg satu).
 
nnt aku baca bagi abih....
 
Pelik jika dikatakan membawa agama syaitan...sedangkn ajaran Islam (Nabi Muhammad) menyuruh berbuat kebaikan & meninggalkan segala kemungkaran & menyembah Allah (tuhan yg satu).

memang betul... tapi syaitan boleh buat apa2 pun....agama buddha pun suruh pengikut mereka berbuat baik... sama juga dengan kristian.. jews...

yang peliknya... ialah.. macammana orang islam boleh memakai kitab agama lain untuk kepentingan islam sendiri sedangkan kita sendiri tak percaya dalam kitab2 tu...

anyway.. yang aku syorkan ialah.. jgn laa cepat sangat pakai buku agama orang lain... seperti topik ni.. bagai kitab bavisya purana yang berkata.. ketibaan nadi muhammad ditulis dalam buku tersebut...

kalau betul nak caya buku tu.. then sebenarnya... buku itu menulis tentang kedtgan Nabi Muhammad yang jahat... dan sebarkan "agama syaitan"...

so.. nak caya dan terima ke hakikat ini? mesti tidak kan? So.. berhentilaa... guna agama lain untuk kepentingan kita...

kalau nak religious talk tu.. cakap jee la pasal islam... dan jgn agama lain...

PS: Carigold ni, forum Islam sahaja ke? Orang beragama lain tak boleh post eh kat forum ni?
 
kalau betul nak caya buku tu.. then sebenarnya... buku itu menulis tentang kedtgan Nabi Muhammad yang jahat... dan sebarkan "agama syaitan"...

Masih lagi pelik jika dikatakan... (kedtgan Nabi Muhammad yang jahat... dan sebarkan "agama syaitan").. sedangkan ajaran ISLAM menyuruh menyembah Allah, tuhan satu-satunya; yg menciptakan seluruh alam semesta ini; dan mencegah manusia drp menyembah selain drpNya seperti berhala,matahari,manusia dll.

Persoalannya, mungkinkah mereka yg menulis kitab bavisya purana mengolahnya untuk kepentingan diri & agama nenek moyang mereka sendiri?
 
Segolongan Pundit kini mulai menolak Purana hanya kerana mereka menemui di dalamnya banyak ramalan-ramalan dan tanda-tanda yang nyata mengenai kebenaran Nabi Muhammad. Suatu hujah telah dikemukakan bahawa Purana yang ada kini tidak sama seperti koleksi yang dirujuk oleh Veda dan bahawa kitab-kitab asal telah hilang. Namun begitu, dakwaan ini tidak benar. Adalah mustahil bahawa semua Purana yang dibaca dengan meluas dan dikaji dengan mendalam boleh hilang dan terhapus terus manakala Veda yang hanya dibaca dan difahami oleh segolongan kecil kekal utuh sehingga hari ini.

Satu lagi hujah untuk menentang ramalan-ramalan ini adalah bahawa ia telah ditambah ke dalam Purana pada suatu masa yang terkemudian. Hujah ini juga tidak berasas. Sebuah buku yang begitu dikenali, yang mempunyai liputan yang meluas, dan dibaca pada masa-masa sembahyang yang ditetapkan tidak mungkin boleh diubahsuai dengan begitu mudah. Tambahan lagi, tidak mungkin semua Pundit dan golongan berilmu Hindu telah bersepakat dan menambah ramalan-ramalan ini ke dalam Purana. Apa yang aneh adalah bahawa pengubahsuaian yang dilakukan memihak kepada Nabi Terakhir dan menentang agama mereka sendiri.

Semua kitab-kitab utama Hindu mengandungi ramalan mengenai Nabi Muhammad. Di samping sifat-sifatnya, peristiwa-peristiwa di dalam hidupnya, Ibrahim, Kaabah, Bakkah (Mekah) dan Arabia, ramalan-ramalan ini menyebut namanya sebagai Mahamad, Mamah dan Ahmad. Nama Mahamad muncul di dalam Purana, nama Mamah muncul di dalam Kuntap Sukt (di dalam Atharva Veda) dan nama Ahmad muncul di dalam Sama Veda. Terdapat banyak klasifikasi mengenai darjah kepentingan Veda telah dibuat. Contohnya, di dalam Shatpath ada disebut bahawa Sama Veda adalah intipati semua Veda. Di satu tempat di dalam Taittriya Brahmana, disebut bahawa "Alam ini dicipta daripada Brahma, Vaisha dicipta daripada mantra Rig Veda, Kashtriya dicipta daripada Yajur Veda dan Brahman dicipta daripada Sama Veda".

p/s adakah kitab purana = bavisya purana??
dan org hindu ada 4 shaja kitab suci
dan purana disebar secara meluas...
dan jika bavisya purana bgaimana dgn 3 kitab lain??

pernah seseorg bertanya kpd org hindu mengenai kebenaran muhammad didlm kitab mereka..
jwpan mereka kitab mereka byk diselewengkan... diselewengkan oleh siapa??tujuan??
pelik ya... bagaimana kitab yg dikaji bertahun-tahun mampu diselewengkan...

berbeza dgn al-quran dr awl hingga skrg kandungan tidak pernah berubah makna nya


jika sama, maka org hindu sediri tdk pcaya...
 
Last edited:
ler... tak payah laa cut and paste artikel dari seorang muslim pulak... benda tu dah lama dah ada kat internet dan telah disangkal oleh "ulama hindu"...

pergi tanya sendiri di kuil... dan mereka akan berkata mereka masih caya lagi buku bavisya purana itu...tidak ada yang diubahsuai...

Allah tidaklah ***** untuk meletak sedikit demi sedikit KEBENARAN di kitab2 agama orang lain.... its either true or false...dan KEBENARAN ALLAH tidak boleh ditukar...dibelit disurgery ke aper2...so...fikirkanlah sebelum bertindak...mengguna nama agama lain untuk kepentingan kita...
 
Back
Top
Log in Register