BTC USD 82,505.1 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nabi Muhammad Bukan Pedophil

Yg pelik sekali ialah, bila kita marah org kata Nabi pedofil.
Sedangkan, kita sendiri yg pegi percaya cerita(hadis) tok nenek arab
yg fitnah Nabi begitu.

Tok nenek arab mmg banyak rekacipta cerita2 "kehebatan" Nabi. Sebab nak lawan
dengan Jesus. Jesus kan boleh walk on water, cure the blinds. Nabi Muhammad
takde apa satu pun kebolehan. So mereka cipta hadis nabi belah bulan, nabi kelilingi 9 isteri satu malam, nabi kawin budak2.

Sedih gila lah Nabi diperlekehkan begitu hanya sebab org arab dengki dengan Jesus.

Tang mukjizat tu hamba percaya, mmg bulan ada 2 belahan (rekahan)
 
Berdasarkan pendapat Ibn Hajar, Ibn Katir, dan Abdul Rahman bin Abu al-Zinad, usia Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah adalah 19 atau 20 tahun.

blh berikan rujukan sdr bg Ibn Kathir & Ibnu Hajar...

krn sahibus samahah mufti wilayah pon petik Ibn Kathir ttp beliau mengatakan pendpt Ibnu Kathir berttgan dgn aper yg sdr katakan...

sdr jg menyebutkan nama Ibnu Hajar dlm post sdr, ttp dlm Fathul Bari Ibnu Hajar ada menyebut...

"The Prophet [(peace and blessings of God be upon him)] died when she was about eighteen years old."
[http://hawramani.com/aisha-age-of-marriage-to-prophet-muhammad-study/]

jls Ibu Hajar mengatakan bhw Sayidatina Aisyah RA berumur 18 thn ketika Nabi Muhammad SAW wafat...

jd jika demikian camner plak Sayidatina Aisyah RA blh bersama dgn Baginda SAW ketika beliau berumur 19 thn ???...

jd dlm hal nih mgkn rujukan & ulasan dr ulama tersbt yg menyokong statement sdr perlu di berikan...

Matan Hadith

Setelah kita mengenali serba sedikit berkenaan latar belakang Aisyah RA, kami mulakan perbahasan berkaitan umur Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW dengan mendatangkan beberapa hadith yang menceritakan akan hal tersebut. Antara hadith-hadith yang menceritakan berkaitan umur Aisyah RA adalah:


•Diriwayatkan daripada Aisyah RA, bahawa beliau berkata:



تَزَوَّجَنِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ لِسِتِّ سِنِيْنَ . وَبَنَى بِيْ وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِيْنَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun”. [Riwayat Muslim, no. Hadith 2547]



تَزَوَّجَنِي النَبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وَأَنَا بِنْتُ سِتِّ سِنِيْنَ

Maksudnya: “Nabi SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 3605]



تَزَوَّجَنِي وَأَنَا بِنْتُ سَبْعٍ أَوْ سِتٍّ

Maksudnya: “Telah menikahiku (Nabi SAW) ketika umurku tujuh atau enam (tahun)”. [Riwayat Abu Daud, no. Hadith 4285][Imam Abu Daud tidak memberi komentar terhadap hadith ini]



تَزَوَّجَنِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْه وَسَلَّمَ وَأَنَا بِنْتُ سِتٍّ ، وَدَخَلَ عَلَيَّ وَأَنَا بِنْتُ تِسْعِ سِنِيْنَ ، وَكُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW telah menikahiku ketika umurku enam tahun dan baginda SAW telah bersamaku ketika umurku sembilan tahun dan ketika itu aku masih bermain-main dengan budak perempuan yang kecil”. [Riwayat al-Nasa’ie, no. Hadith 3325][Hadith ini dinilai sahih oleh Ibn Hibban di dalam Sahih Ibn Hibban]



Pendapat ulama’ berkaitan umur Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW

Antara pendapat para ulama’ dalam masalah ini adalah:


•Imam Ibn Kathir RA

“Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA tiga tahun selepas kematian Khadijah RA. Pada ketika itu umur Aisyah RA enam tahun dan Rasulullah SAW telah bersamanya ketika beliau berumur sembilan tahun”. [Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah, 3:161]


•Imam Ibn al-Athir RA

“Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA dua tahun sebelum hijrah dan pada waktu itu Aisyah RA masih dara sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Ubaidah”. Dikatakan juga tiga tahun (sebelum hijrah). Telah berkata al-Zubair Rasulullah SAW telah mengahwini Aisyah RA tiga tahun selepas kematian Khadijah RA dan Khadijah RA telah wafat tiga tahun sebelum hijrah dan dikatakan empat tahun dan juga dikatakan lima tahun. Pada waktu itu, umur Aisyah RA adalah enam tahun ketika Rasulullah SAW mengahwininya dan dikatakan tujuh tahun. Di samping itu, Rasulullah SAW telah bersamanya ketika Aisyah RA berumur sembilan tahun di Madinah”. [Lihat: Usd al-Ghabah, 7:205]


•Imam Ibn Abd al-Bar RA

“Aisyah bin Abi Bakr al-Siddiq RA telah bernikah di Makkah sebelum daripada Saudah RA dan dikatakan selepas Saudah RA. Telah berlaku ijma’ bahawa Nabi SAW tidak bersama dengan Aisyah RA melainkan di Madinah, dikatakan pada tahun berlakunya hijrah dan dikatakan juga tahun kedua hijrah pada bulan Syawal. Pada ketika itu, umurnya adalah sembilan tahun dan ketika beliau dinikahi umurnya adalah enam tahun dan dikatakan tujuh tahun”. [Lihat: al-Isti’ab, 1:44]


•Imam al-Zahabi RA

“Nabi SAW telah mengahwini Aisyah RA sebelum baginda SAW berhijrah selepas kewafatan Khadijah binti Khuwailid RA. Ia berlaku lebih kurang sepuluh bulan sebelum hijrah dan dikatakan dua tahun (sebelum hijrah). Baginda SAW telah bersamanya pada bulan Syawal tahun kedua selepas pulang daripada perang Badar dan pada ketika itu umur Aisyah RA sembilan tahun”. [Lihat: Siyar al-A’lam al-Nubala’, 2:136]



Hujah Para Ulama’ Yang Mengatakan Bahawa Aisyah RA Mengahwini Rasulullah SAW Ketika Berusia Enam Tahun Atau Tujuh Tahun



Antara hujah para ulama’ adalah:


•Hadith yang menceritakan berkaitan umur Aisyah RA ini terdapat di dalam Sahihayn iaitu Sahih al-Bukhari dan Muslim yang telah disepakati oleh umat Islam akan kesahihan kedua buah kitab tersebut.


•Hadith ini mempunyai jalur-jalur yang lain dan ia (hadith) bukan datang daripada Hisyam bin Urwah sahaja dan juga bukan datang melalui jalur orang Iraq sahaja sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian pihak.


•Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasaie, Aisyah RA menceritakan bahawa “aku masih bermain-main dengan budak perempuan yang kecil”. Ini menunjukkan bahawa pada ketika itu, usia Aisyah RA masih kecil.


•Di dalam kitab-kitab sejarah yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashab, Usd al-Ghabah, Siyar al-A’lam al-Nubala’ dan lain-lain lagi menyatakan bahawa usia Aisyah RA ketika mengahwini Nabi SAW adalah enam tahun seperti yang kami nyatakan di atas.


•Riwayat ini diceritakan sendiri oleh Aisyah RA dan bukannya daripada orang lain. Ini kerana, Aisyah RA yang lebih tahu akan dirinya berbanding orang lain.



Tarjih

Setelah kami melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam masalah ini, kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa Aisyah RA telah dikahwini oleh baginda Rasulullah SAW ketika berumur enam atau tujuh tahun berdasarkan hadith-hadith yang terdapat di dalam Sahihayn (al-Bukhari dan Muslim) dan juga di dalam al-Sunan al-Arba’ah. Di samping itu, beliau telah bersama dengan Rasulullah SAW ketika berumur sembilan. Ini kerana, perkahwinan di usia yang muda bukanlah merupakan perkara atau tradisi yang ganjil pada waktu itu. Jika benar Rasulullah SAW telah melakukan perkara yang dianggap melanggar adat, tradisi dan suasana pada waktu itu, nescaya Rasulullah SAW akan dihina dan dikeji oleh masyarakat dan kaum mushrikin pada waktu itu disebabkan perbuatan baginda SAW.



Penutup

Kesimpulannya, polemik berkaitan usia Aisyah RA ketika mengahwini Rasulullah SAW muncul pada zaman mutaakhir ini. Tambahan pula, bagaimana kita ingin menolak sesuatu riwayat atau hadith yang terdapat di dalam dua buah kitab yang telah menjadi ijma’ umat Islam bahawa tidak ada selepas al-Quran kitab yang paling sahih melainkan Sahih al-Bukhari dan juga Sahih Muslim. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama dan seterusnya melayakkan kita untuk mendapat syurga Allah SWT. Amin.



Wallahua’lam
 
Last edited:
Kalau ikut guru hamba hadis tu tak sahih, umur Saidatina Aishah waktu dinikahi bukan 9 tahun.

klu sudi mgkn sdr blh berikan rujukan utk statement sdr nih jg...

terima kasih...
 
Boleh rujuk kepada guru hamba terus FB cikgu saiful zelwany tq.

yg nih ker??...

35402379_10214483908923799_5525458117585797120_n.jpg


klu betul ini guru sdr, blh sdr share sedikit ltrbelakang beliau terutamanya dr segi pengajian agama...

terima kasih...
 
Last edited:
yg nih ker??...

35402379_10214483908923799_5525458117585797120_n.jpg


klu betul ini guru sdr, blh sdr share sedikit ltrbelakang beliau terutamanya dr segi pengajian agama...

terima kasih...

Org kuat PAS banyak mengaji terus kepada guru2 pondok.
 
Tang mukjizat tu hamba percaya, mmg bulan ada 2 belahan (rekahan)

yg ni percaya ke tak percaya tak kisahlah sbb tak memburukkan Nabi mcm hadis nabi kawin budak2.

Nabi manusia pilihan Tuhan. Dia contoh terbaik. Mana mungkin Nabi itu asyik pikir kawin saja. Dgn budak2 lak tu. Impossible!

Hanya org yg tak berfikir je akan terus percaya cerita fitnah terhadap Nabi ini.
 
yg ni percaya ke tak percaya tak kisahlah sbb tak memburukkan Nabi mcm hadis nabi kawin budak2.

Nabi manusia pilihan Tuhan. Dia contoh terbaik. Mana mungkin Nabi itu asyik pikir kawin saja. Dgn budak2 lak tu. Impossible!

Hanya org yg tak berfikir je akan terus percaya cerita fitnah terhadap Nabi ini.

dan hanya org yg otak kuning jer yg akan fikir Nabi Muhammad SAW berkahwin dgn Sayidatina Aisyah RA selain drpd utk kepentingan agama...

:p :p :p...
 
Last edited:
yg ni percaya ke tak percaya tak kisahlah sbb tak memburukkan Nabi mcm hadis nabi kawin budak2.

Nabi manusia pilihan Tuhan. Dia contoh terbaik. Mana mungkin Nabi itu asyik pikir kawin saja. Dgn budak2 lak tu. Impossible!

Hanya org yg tak berfikir je akan terus percaya cerita fitnah terhadap Nabi ini.

Setuju :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register