Menurut riwayat, Nabi Idris adalah seorang
nabi yang mula-mula sekali pandai menulis
dengan kalam dan boleh membaca.
Disebabkan kebolehan beliau itu maka Allah
S.W.T telah menurunkan 30 syahifah yang
berupa petunjuk daripadaNya untuk
disampaikan kepada umatnya yang terdiri
daripada keturunan Qabil iaitu putera kepada
Nabi Adam a.s yang menderhaka kepada Allah.
Selain daripada terkenal kerana kebolehannya
menulis dan membaca beliau juga adalah
merupakan orang yang pertama sekali
berkebolehan menunggang kuda, mengetahui
ilmu bintang, pandai mengira serta
memerangi orang-orang yang menderhakai
Allah S.W.T. Beliau juga adalah orang pertama
sekali yang pandai menggunting dan menjahit
pakaian yang diperbuat daripada kulit
binatang.
Nabi Idris a.s adalah seorang yang tidak
pernah lupa untuk berbakti dan beribadar
kepada Allah S.W.T. meskipun dia sibuk
menghadapi tugas-tugas harian. Nabi Idris
juga adalah seorang gagah, beliau mempunyai
kekuatan yang amat luar biasa, oleh kerana
sifatnya liar biasa itu tidak terdapat pada
orang lain maka beliau dikenali sebagai ‘Asadul
Usud’ atau Singa dari segala singa’.
ini adalah mukjizat nabi idris as, maaf tt,