Toxic2010
Legendary Member

- Messages
- 11,012
- Joined
- Jun 3, 2010
- Messages
- 11,012
- Reaction score
- 335
- Points
- 131
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merusakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak. Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.
Amaran pertama : tanam-tanam kering dan layu tetapi mereka masih tidak percaya kepada seruan dakwah Nabi Hud a.s.
sehingga mejangkakan hujan yg turun hujan rahmat tp hujan bencana buat mereka. Itulah dia manusia yg diberi kemewahan hidup di dunia sehingga lupa Tuhan yg sebenarnya. Sangat mudah bagi Allah untuk menghancurkan kaum yg zalim.