wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Pengajaran dari kisah Nabi Daud
NABI Daud a.s pernah mempunyai 99 orang isteri. Pada suatu hari, baginda yang juga menjadi raja, jatuh hati kepada seorang wanita yang sudah mempunyai suami.
Ketika hasratnya untuk mengambil wanita itu menjadi isterinya
hampir dilaksanakan, Allah S.W.T mengutuskan dua malaikat yang
menyerupai lelaki, bertemu baginda dengan membawa satu permasalahan untuk diadili.
Salah seorang `lelaki' itu berkata, dia mempunyai seekor kambing
betina dan rakannya mempunyai 99 ekor kambing betina. Bagaimanapun, rakannya itu telah memujuk beliau supaya memberikan
kambingnya yang seekor.
Mendengar cerita lelaki itu, Nabi Daud berkata: ``Sesungguhnya
dia (lelaki yang mempunyai 99 kambing) telah berbuat zalim
kepadamu dengan meminta kambingmu itu untuk ditambah kepada
kambingnya. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada
orang-orang yang bersyarikat itu sebahagian mereka berbuat zalim
kepada sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh.''
Selepas lelaki-lelaki itu beredar, barulah Nabi Daud a.s tersedar
bahawa apa yang disampaikan oleh lelaki berkenaan adalah mesej
daripada Allah mengenai kesalahannya mahu mengambil isteri orang
walaupun sudah mempunyai 99 isteri. (Pada zaman Nabi Daud belum ada syariat beristeri hanya empat)
Maka Nabi Daud terus menyungkur sujud dan memohon taubat kepada
Allah di atas kesilapannya. Allah mengampuni Nabi Daud
dan berfirman: ``Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu
pemerintah di muka bumi, maka berilah keputusan di antara
manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu,
kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat
kerana mereka melupakan hari perhitungan.'' Kisah Nabi Daud ini terkandung dalam surah Shaad (38) ayat 17 hingga 26.
Pengajaran
Salah satu pengajaran daripada kisah Nabi Daud itu ialah kita
dikehendaki berlaku adil, khususnya bagi mereka yang menjadi
pemimpin. Sesiapa yang tidak berlaku adil pasti akan menerima
azab sama ada di dunia atau akhirat.
Lawan perkataan adil ialah zalim. Sejarah telah membuktikan
bahawa sesiapa yang zalim akhirnya pasti akan menerima azab di dunia ini. Berdasarkan keterangan ayat-ayat Quran tersebut, Allah
memperjelaskan bahawa manusia tidak dapat berlaku adil jika tunduk kepada hawa nafsu.