Ikut analisa aku..mmg Setuju sgt EU leh cecah 1.39xx dlm bulan ni
GU lak 2.05XX...yg mana kat Price ni di nasihatkan jgn Buy..better tunggu signal SELL...
En.Mystery..Aku nk tanya ni..Encik dah berapa lama dalam bidang FOREX ni??signal ni Encik buat analisa sendiri atau software yg buatkan??
Sebenarnya saya baru saja berjinak2 dengan forex ni, lebih kurang dalam satu bulan lebih yang lalu. Mulanya saya tak tau langsung pasal cam ne nak main forex ni. Kemudian ada sorang member tu ajak aku pi kursus forex dan bayar lebih kurang RM 1,800 dan kursus dalam satu hari je dan yang diajar tu cuma basic je...
Dalam keadaan buta-tuli tu sayapun hentak le duit lebih kurang 8,000 usd dan saya pon apalagi stat le memforex ni ... tak kira siang, malam, subuh aku henjut je....
Malangnya setiap kali deal kalaaaaah terus dan hampir sebulan aku tak tidur pasal forex ni....
Buku tebal dah tiga dah penuh dengan macam2 angka dan analisis serta formula dan akhirnya aku demam hampir seminggu... mungkin kurang tidur kot..... dan ni baru je sembuh sikit... alhamdulillah....
Hingga minggu lalu saya dok kaji forex ni sehingga wang saya kat forex tu dah habis dah kat 6,000 usd, dan yang tinggal hanya 2,000 usd je....
Akhirnya berkat ketekunan saya yang tak berputus asa pada subuh jumaat lalu terciptalah formula saya ini... yang saya namakan sendiri "SEMINIT hingga 4 JAM DI HADAPAN" dan ketepatannya 99%
Formula saya ini amat mudah difahami serta tiada kerisauan bila kita nak thread.
Jadi sebenarnya formula saya ini baru saja beberapa hari selesai dan syukur ke hadrat Illahi yang telah memberi saya akal dan fikiran untuk saya... amin ya robbal alamin.
Jadi itulah serba ringkas berkenaan dengan analisis formula saya.
Semoga member2 kat sini dapatlah pedoman dari apa yang saya lalui ini..
Salam