Rizal
Legendary Member

- Messages
- 12,413
Paid Membership
- Joined
- Sep 25, 2008
- Messages
- 12,413
- Reaction score
- 721
- Points
- 201
Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa proses pendaftaran dan tuntutan secara dalam talian untuk Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) adalah lebih mudah.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pendaftaran dan tuntutan bagi mereka yang layak untuk menerima manfaat skim berkenaan boleh dibuat mulai 1 Mac ini melalui laman web rasmi di www.mysalam.com.my.
Guan Eng berkata, semua rakyat Malaysia yang mendapatkan rawatan di mana-mana hospital kerajaan boleh membuat permohonan namun tertakluk kepada syarat bahawa mereka berpendapatan rendah.
“Saya memberi jaminan, proses pendaftaran dan tuntutan secara dalam talian ini adalah lebih mudah. Ia melibatkan maklumat peribadi, ahli keluarga termasuk anak dan cucu juga boleh bantu untuk isi secara dalam talian.
“Jika masih berdepan dengan masalah untuk daftar dan buat tuntutan mereka juga boleh berjumpa dengan kami untuk penyelesaian ,” katanya dalam sidang akhbar pengenalan laman web rasmi skim mySalam di sini hari ini.
Menurut Guan Eng, selain secara dalam talian di laman web rasmi, tuntutan skim mySalam juga boleh dibuat di agensi-agensi yang akan diumumkan di laman web dan di hospital-hospital kerajaan.
Selain itu katanya, bagi memudahkan segala urusan, orang ramai juga dipelawa untuk melayari laman web berkenaan yang mula beroperasi hari ini kerana turut disediakan jawapan untuk soalan-soalan lazim.
“Skim mySalam menawarkan perlindungan kesihatan percuma kepada penerima B40 yang layak untuk 36 penyakit kritikal sehingga RM8,000 dan memberi bayaran harian sebagai gantian pendapatan RM50 untuk 14 hari setahun,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai isu keselamatan data penerima mySalam, Guan Eng berkata, semua data adalah terpelihara di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
“Sebanyak 3.7 juta individu ini tidak akan menjadi pelanggan Great Estern Takaful Bhd. di bawah skim mySalam secara automatik kerana skim berkenaan adalah milik kerajaan,” katanya.-UTUSAN ONLINE
SUMBER