BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MyKad diguna di stesen minyak?

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR 23 Dis. - MyKad mungkin digunakan di semua stesen minyak untuk menentukan status seseorang pengguna itu sama ada rakyat tempatan atau bukan warganegara mulai tahun depan.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata, langkah itu untuk memastikan subsidi petrol dan diesel hanya diterima oleh rakyat tempatan terutama golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, PDAM masih mengkaji beberapa langkah lagi untuk melaksanakan mekanisme baru itu.

''Beberapa pendekatan mungkin akan diperkenalkan bagi menjayakan langkah kerajaan dengan kerjasama beberapa syarikat lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa mulai Mei tahun depan kerajaan akan melaksanakan mekanisme baru subsidi petrol dan diesel yang menetapkan dua harga berbeza untuk rakyat dan bukan warganegara.

Tambah Zulkifli, ketika ini hanya MyKad mempunyai kapasiti untuk menentukan status warganegara seseorang.

''Jika PDAM atau kerajaan mengenal pasti langkah lain yang boleh digunakan, kami akan melaksanakannya bagi kemudahan semua pihak,'' jelasnya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menentukan langkah yang bakal diperkenalkan untuk mengenal pasti sama ada seseorang pengguna itu kaya atau tidak.

''Mungkin kita boleh mengenal pasti melalui kenderaan yang digunakan. Tetapi beberapa perkara perlu diambil kira sebelum mengaplikasikan langkah baru itu terhadap rakyat Malaysia,'' katanya.
 
jaaga2... jgn hilang mykad sudah... tp kat ade bat c je cemane???
 
hahaha, dah jadi koje aku nnti nak mencucuk ic kat pam mnyak....
 
lepas ni banyak le Mykad CLONE...:D
 
err..klo belasah mykid bleh kan??:D
 
baru nk kuar ke idea nih?? punye la lame kite dh ade MyKad nih.. br skang cadangan gune MyKad utk kekang kebocoran subsidi ni kuar.. xphm aku.. selama nih diorg pk ape haa???

mungkin MyKad nih br semalam agaknye kite pakai kot.. huhuhu...
 
Ramai ler yg mengamuk lpas nie klau hilang my kad..
 
pakai cap jari laa.. lagi efektif.. unless jari kene potong yakuza style..
 
Back
Top
Log in Register