...........Pada 28 Mei 2006 bermula jam 3.00 petang, jangan ketinggalan ke kaunter Kumpulan TM di luar stadium di mana pelbagai produk dan perkhidmatan akan dipromosi dan dijual di samping terdapat juga aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Menara Kuala Lumpur (MKL) pula akan menampilkan Mawi, penyanyi lelaki sensasi paling popular dalam negara ketika ini di kaunter mereka. Mawi dijadual mengadakan sesi menandatangani autograf dengan para peminat mulai jam 5.00 petang hingga 5.45 petang. Di samping itu, beliau juga akan berada di situ untuk menandatangani “Mawi World MKL Cardâ€Â. Sempena ulang tahun ke-10 MKL, pendaftaran untuk acara “walkathon†amal akan dibuka di kaunter promosi MKL. Mawi juga akan mengadakan persembahan selama 30 minit sebaik sahaja keputusan perlawanan diumumkan. Jadi kepada para peminat Mawi di luar sana, jangan lepaskan peluang ini.
Di samping itu, TM juga akan membuka kaunter khas pendaftaran Program Ganjaran RM1 Juta. Sebagai anggota Kumpulan TM, marilah kita mengambil peluang yang ada ini untuk mempromosikan bukan sahaja perlawanan ini tetapi juga produk, perkhidmatan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan pada hari perlawanan.
Sedikit info pasal MyTeam dari site TM
http://www3.intra.tm/gcc/tmnewsflash/NF36m.html