BTC USD 82,775.2 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS :: MY TEAM :: Apa Pendapat Anda??

biasakla tuu...mane nak letak muke kalu depa kalah...itu yg pi letak bdk junior main tu...senang nak kaver line kalu seri atau kalah...hahaha...apa punya minded la...lagi pon, FAM kan sedang busy bodek duit dari MOM utk kegunaan team mesia...kekeke...sudah la...singgit pon aku takkan bagi utk team kebangsaan ni..main cam hampehhhhhhhh....tada hasil sokong depa....baek sokong west bromwich albion....kekekeke
 
mai kita pi 28 ni...tp apasal diorang start kol 7.30 ah? tak maghrib dulu ke? huhu...
 
Bab duit ni, malas nak cite, aku bukan nak tuduh sesape, tapi yg aku nampak sponsorship terlalu mewah untuk pasukan Malaysia, dan antara sebab2 utama org2 atas FAM x nak lepaskan jawatan pun pasal do\iorang masyukk banyak dari sponsorship ni..ALLAHUWAALAM!

* nak kene ajar org FAM main HYIP nih.. :badgrin: :badgrin:
 
scouser said:
Bab duit ni, malas nak cite, aku bukan nak tuduh sesape, tapi yg aku nampak sponsorship terlalu mewah untuk pasukan Malaysia, dan antara sebab2 utama org2 atas FAM x nak lepaskan jawatan pun pasal do\iorang masyukk banyak dari sponsorship ni..ALLAHUWAALAM!

* nak kene ajar org FAM main HYIP nih.. :badgrin: :badgrin:
btol btol aku sokong...mewah sgt...tengok player vietnam, main pakai but standard topper jerk, fung keong, tp main mmg ada class...aku tak setuju bolasepak diberi perhatian oleh MOM dan MSN...suda tiba masanya pilih sukan lain plak...baru padan dek muke memasing...abis la lepas ni merc bmw kene tarik balek...kekeke....
 
mmg tak guna MOM dan MSN bantu selagi FAM tak tukar management.
dulu zaman mewah dengan tajaan dunhill tak ada hasil jugak!
 
aurakaya said:
mlm tadi dlm buletin utama. brahim saad buat statament macam siot je pasal myteam ni.

agaknya dah kecut teloq takut nak lawan Myteam.. sambil tersengih macam kerang busuk dia announce team malaysia yg bakal di lawan oleh MyTeam bukanlah skuad senior utama malaysia yg sebenar.

MyTeam bakal lawan pelbagai kombinasi 'age group' punya team malaysia... dari team u-15..b-20.. dan skuad utama.

yg tak tahan tu.. dia boleh kutuk team myteam ni macam team mi segera.

mmg siot! nampak sangat dia dah cuak... mana nak taruk muka kalau skuad utama bimbingan norizan bakar kena 'bakar' dengan MyTeam yg bertaraf mi segera ni. sbb tu dia dah tukar guna plan B.

aku rasa inilah plan yg paling bijak yg telah difikirkan oleh s/usaha FAM tu.
agaknya semenjak pemilihan myteam lagi kot.....
nak tarik diri nampak sgt.....
so buat plan yg mana mudah nak beri alasan if kalah or menang.
 
team msia menghampakan...mati idop balik 8 kali pong tak hingin aku sokong...huahuahua....kalah menang myteam bukan ukuran, yg penting org2 yg dah berkarat tu kasi buangggg...huhuhu....
 
aurakaya said:
mlm tadi dlm buletin utama. brahim saad buat statament macam siot je pasal myteam ni.

agaknya dah kecut teloq takut nak lawan Myteam.. sambil tersengih macam kerang busuk dia announce team malaysia yg bakal di lawan oleh MyTeam bukanlah skuad senior utama malaysia yg sebenar.

MyTeam bakal lawan pelbagai kombinasi 'age group' punya team malaysia... dari team u-15..b-20.. dan skuad utama.

yg tak tahan tu.. dia boleh kutuk team myteam ni macam team mi segera.

mmg siot! nampak sangat dia dah cuak... mana nak taruk muka kalau skuad utama bimbingan norizan bakar kena 'bakar' dengan MyTeam yg bertaraf mi segera ni. sbb tu dia dah tukar guna plan B.

setelah membuat sedikit editing, aku hantar komen di atas ke rancangan scoreboard tv3. dan ini reply dari diorang.

Akom En Aura .. tabah D sini ..
Bukan saya menyebelahi mana mana pihak .. apatah lagi tugas saya sebagai wartawan sememanya melihat kebangkitan pasukan boilasepak malaysia impian seluruh rakyat jelata ..
Saya rasa bukan begitu malah berdasarkan rekod pertemuan My Team dan pasukan2 lain dalam negara kita .. apatah mytteam mampu berdepan pasukan Malaysia yang jauh lebih berpengalaman ..
Walau seterok mana pon pasukan kebangsaan itulah satu satunya pasukan bolesepak yang kita ada .. kalau kita sendiri yang menempelak pasukan kita .. siapa lagi yang sayang pasukan malaysia ..
moga rasa tidak puas hati en Aura reda hendaknya ..
Wallahualam ..
sampai kita jumpa dan jumpa lagi

----- Original Message -----
From: Aura Kaya
To: [email protected] ; [email protected] ; [email protected]
Sent: Thursday, May 25, 2006 3:45 PM
Subject: tak puas hati komen FAM pasal MyTeam


A’kum,

Saya mmg tak puas hati selepas menonton segmen sukan dlm buletin utama mlm tadi. ibrahim saad buat statament macam #$%^&* je pasal MyTeam ni.

sambil tersengih macam kerang busuk dia announce team malaysia yg bakal melawan MyTeam bukanlah skuad senior utama malaysia yg sebenar. agaknya FAM dah kecut kot nak lawan dgn Myteam.. yg tak tahan tu.. dia boleh kutuk team MyTeam ni team MI SEGERA.

MyTeam bakal menentang dengan pasukan Malaysia yg terdiri dari pelbagai kombinasi 'age group' punya team... dari team b-16..b-20..b-23 dan skuad utama.

Skuad Kebangsaan apa ni? Kalau ibrahim saad boleh gelarkan MyTeam sebagai team mi segera, maka tak salah rasanya kalau saya gelarkan team Malaysia ini sebagai pasukan ROJAK.

nampak sangat FAM dan ibrahim saad dah cuak dan mula melatah... konon pada mulanya dulu ‘aiman tak kesah’ menang atau kalah bila lawan MyTeam. Tapi kini sebaliknya pula. Selepas beberapa siri perlawanan persahabatan yg memberangsangkan, MyTeam kini seolah2 digeruni oleh FAM.

mana FAM nak taruk muka kalau skuad utama bimbingan norizan bakar kena 'bakar' dengan MyTeam yg bertaraf mi segera ni. sbb tu FAM dah tukar taktik guna plan B pulak.

Ini semua strategi tipu helah FAM untuk cover line andaikata mereka kalah dengan MyTeam. seperti biasa mereka akan ulang dan suap skrip basi bahawa team mereka:
1. baru dikumpulkan..
2. terdiri dari pemain muda dan tua
3. belum ada persefahaman..
4. tujuan menimba pengalaman..
5. nak beri pendedahan kpd pemain muda..
6. liga baru saja tamat dan..
7. berbagai alasan bodoh lagi..

dengan harapan tak dikecam oleh media dan rakyat Malaysia jika mereka kalah.

Kepada TV3,

Saya mewakili peminat MyTeam mengharapkan TV3 sampaikan mesej berikut kepada pihak penaja (TM ) dan penerbit MyTeam (Maya Team S/B):

1 .Pastikan.. MyTeam menentang pasukan utama Malaysia sebagaimana yang diwar-warkan media selama ini. Kami mahukan MyTeam melawan pasukan utama Malaysia!!

2. Kami tak mahu jadi tipah yg tertipu apabila melangkah masuk ke stadium bukit jalil tetapi mendapati MyTeam sekadar menentang pasukan Kebangsaan Malaysia yang bercampur aduk macam ROJAK.

3. Kami membayar harga tiket untuk menyaksikan MyTeam vs Malaysian REAL team.. bukannya Malaysian ROJAK team.

4. jangan hampakan harapan peminat dan penyokong MyTeam satu Malaysia.

Sekali lagi saya masih menaruh harapan agar pihak penganjur dan penaja dapat mempengaruhi FAM untuk menurunkan barisan terbaik Negara untuk menentang MyTeam.

Sekian
Penyokong MyTeam
 
Tarikh
Perlawanan
Keputusan

14 Mei 2006


MyTEAM lwn Johor Selection


MyTEAM kalah 1-0


17 Mei 2006

MyTEAM lwn TMFC

MyTEAM kalah 0-4


21 Mei 2006

MyTEAM lwn Shah Alam United

MyTEAM menang 9-2



Kini dengan hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, detik ke perlawanan akhir telah pun bermula. MyTEAM akan menghadapi ujian dan cabaran terbesar dalam perlawanan mereka menentang pasukan Kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei 2006. Ini merupakan satu perlawanan yang akan menjadi sejarah dalam sukan bolasepak Malaysia. Semuanya berkemungkinan. Namun tiada yang lebih penting selain daripada semangat berpasukan yang bakal ditunjukkan oleh mereka pada perlawanan malam tersebut, di mana ianya akan menjadi faktor penentu samada MyTEAM akan menang ataupun sebaliknya.

Pada 28 Mei 2006 bermula jam 3.00 petang, jangan ketinggalan ke kaunter Kumpulan TM di luar stadium di mana pelbagai produk dan perkhidmatan akan dipromosi dan dijual di samping terdapat juga aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Menara Kuala Lumpur (MKL) pula akan menampilkan Mawi, penyanyi lelaki sensasi paling popular dalam negara ketika ini di kaunter mereka. Mawi dijadual mengadakan sesi menandatangani autograf dengan para peminat mulai jam 5.00 petang hingga 5.45 petang. Di samping itu, beliau juga akan berada di situ untuk menandatangani “Mawi World MKL Card”. Sempena ulang tahun ke-10 MKL, pendaftaran untuk acara “walkathon” amal akan dibuka di kaunter promosi MKL. Mawi juga akan mengadakan persembahan selama 30 minit sebaik sahaja keputusan perlawanan diumumkan. Jadi kepada para peminat Mawi di luar sana, jangan lepaskan peluang ini.


Di samping itu, TM juga akan membuka kaunter khas pendaftaran Program Ganjaran RM1 Juta. Sebagai anggota Kumpulan TM, marilah kita mengambil peluang yang ada ini untuk mempromosikan bukan sahaja perlawanan ini tetapi juga produk, perkhidmatan dan juga aktiviti-aktiviti lain yang akan dijalankan pada hari perlawanan.


Jangan ketinggalan menonton perlawanan akhir MyTEAM menentang Pasukan Malaysia jam 8.30 malam, 28 Mei 2006 yang akan ke udara secara langsung di TV3 dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket-tiket dijual pada harga RM10 setiap satu dan boleh dibeli di stadium mulai jam 10.00 pagi.

Siapakah yang bakal memenangi perlawanan ini? Datanglah menyaksikannya sendiri.




Sedikit info pasal MyTeam dari site TM http://www3.intra.tm/gcc/tmnewsflash/NF36m.html
 
ape cite ni?....blom masuk padang lg team malaysia dah kecut?.....segan la aku camni....pastu nak letakkan team B malaysia plak....mane dtg bestnye perlawanan ni nanti...walau ape pun,aku harap mlm tu malaysia akan tampilkan team senior diorg,baru cun perlawanan...my team best!!!!!!!!!......... :D :-D :D
 
Back
Top
Log in Register