BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mustapha Sakmud dilantik pengerusi PH Sabah yang baru

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141
7b3e2a1d48dd5ebd50bf150fce404dff.jpg


Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi PH Sabah yang baru.

Mustapha yang mengesahkan pelantikannya berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pemimpin parti komponen PH negeri itu bagi mengisi jawatan yang kosong setelah Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) keluar daripada gabungan berkenana pada November tahun lepas.

“Setelah berbincang, mesyuarat bersetuju melantik saya sebagai pengerusi PH Sabah yang baru bagi mengisi jawatan yang kosong.

“Turut dilantik ialah Abdul Razak Jamil sebagai setiausaha agung dan Zaidi Jatil daripada PKR sebagai ketua Pemuda. Phoong Jin Zhe kekal sebagai timbalan pengerusi, Chan Fong Hin sebagai bendahari, dan Jannie Lasimbang ketua Wanita PH Sabah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di Kota Kinabalu hari ini.

Sebelum ini, Presiden Upko Ewon Benedick memegang pengerusi PH Sabah, namun jawatan itu kosong selepas parti berkenaan memutuskan keluar daripada gabungan tersebut, yang turut dianggotai DAP dan Amanah.

Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) berkata mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju PH Sabah, termasuk memberi tumpuan kepada isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita akan membawa isu penting berkaitan MA63, khususnya tuntutan 40 peratus hasil Sabah,” katanya.

-Bernama

 
Back
Top
Log in Register