BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muslim Yang Terpelihara

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Muslim Yang Terpelihara
Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya, nabi muhammad s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir.”

(al-Bukhari)

Huraian:

Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka.

Ini disebabkan keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraan sebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk, memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh.

Lantas terjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hingga Islam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras.

Sesungguhnya inilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam. Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung.

Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa jua tindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkan memporakperandakan kesejahteraan bersama.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
Siapa yang dikatakan Muslim yang sebenar2 Muslim itu ?

Ciri-ciri Muslim Sejati

Menjadi muslim tidak cukup sekadar pengakuan, kerana belum tentu diakui Allah swt, sebagaimana firmanNya,

"Dan di antara manusia ada yang berkata, 'Kami beriman kepada Allah dan hari akhir', padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman" (al-Baqarah: 8)

Oleh kerana itu, ada lima ciri muslim sejati yang harus dimiliki agar keimanannya diakui oleh Allah swt (insya Allah);


1. Bertaqwa kepada Allah swt, sebagaimana firman-Nya;

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim" (Ali Imran: 102)

2. Masuk ke dalam Islam secara kaffah (total/menyeluruh) sehingga seluruh aspek kehidupan dijalani sesuai dengan nilai-nilai Islam. Allah swt berfirman;

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah:208)

3. Selalu dalam sibghah atau terwarnai dengan nilai-nilai yang datang dari Allah swt. Seperti firman Allah swt;

"Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghah-nya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah" (al-Baqarah:138)

4. Istiqamah atau memiliki pendirian yang kuat dalam mempertahankan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya. Allah swt berfirman;

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada rasa khuatir pada mereka, dan mereka tidak (pula) bersedih hati" (al-Ahqaaf: 13)

5. Memiliki sifat tawazun atau keseimbangan antara duniawi dengan ukhrawi. Allah swt berfirman;

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupa bagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (al-Qashash: 77)

sumber : http://idealimperfection.blogspot.com/2008/05/ciri-ciri-muslim-sejati.html
 
marilah kita berusaha kearah itu....
 
Back
Top
Log in Register