BTC USD 81,918.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musafir Pulang Berhari Raya

Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.

Mazhab Maliki

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat


Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.

Pendapat majoriti fuqaha, seorang yang musafir yang memenuhi syarat qasar solat, tidak wajib untuk solat Jumaat. Tidak ditemui riwayat Nabi saw ada melakukan solat Jumaat dalam mana-mana peperangan atau ekpedisi perjalanan yang baginda lakukan. Tidak ada riwayat dari para sahabat selepas kewafatan baginda bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir.

Pendapat bertentangan mewajibkan musafir solat jumaat berhujah atas dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan seorang yang musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat.

Untuk jalan selamat dan jalan pertengahan adalah lebih berusaha menghadiri solat jumaat ketika dalam musafir.
"Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit." (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab ra, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani, Nail-ul-Authar, 3/527)

Salaam,...

Tp hujah tersebut masih lagi sekadar penyataan tanpa sebarang dalil yg menyokong kenyataan bahawa
"kita perlu menunaikan solat Jumaat jika bermusafir selepas Subuh".. <-- dalil ini yg hendak dicari

Dan utk makluman, eden pernah bukak topik seumpama ini bulan April tahun 2011..
Ini thread yg dimaksudkan :

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=223164

Pencarian jawapan terhenti pada ketika itu..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan 1 dalam bab solat jumaat, musafir tidak wajib sembahyang jumaat, tidak disebut langsung tentang memulakan perjalanan sebelum subuh.

Mungkin pendapat Syafie dalam hal ini sudah tidak sesuai dengan suasana sekarang. Sebagaimana kita tidak lagi menerima pendapat Syafie dalam 2 perkara
1. Zakat fitrah mesti menggunakan makanan asasi (beras), tak boleh dengan wang.
2. Ada akad untuk sahnya jual beli. Kalau beli barang satu troli kena akad untuk setiap barang satu persatu.

Tentu menyusahkan untuk berhenti solat jumaat dan keadaan jalan jem dan anak isteri kena tunggu dalam kereta.

Zaman nabi memang perjalanan jauh menaiki unta dimulakan sebelah malam (sebelum subuh) sebab siang sangat panas. Zaman sekarang tidak ramai yang mula perjalanan sebelum subuh.
 
dlm kitab hanya ada sebut bab jama' taqdim hari jumaat. perlu pada huraian oleh guru. nanti sy dptkn semula rujukan drp guru sy. maaf atas kelewatan.

Salaam,...

Masih menunggu jawapan/hujah/dalil...
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
saya duk putrajaya... hehehe...

Salaam,...

Kalau macam tu nak kena mintak jugak la suoaya Cik Putremas tolong tepek maklumat kat sini...
:p

Nak menaip semula hujah/dalil tu mungkin susah jugak kalau hujah/dalil tu panjang berjela..
Cara mudahnya adalah, Cik Putremas rujuk semula dengan tuan guru Cik Putremas dan utarakan persoalan yg dimaksudkan...
Kemudian rekod jawapan guru tersebut...
Boleh guna Notebook(beserta 'headphone') atau telefon bimbit...
Lepas tu 'upload' rakaman tu disini..

Semua orang boleh dapat manfaat bersama..
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Back
Top
Log in Register