BTC USD 83,422.8 Gold USD 4,177.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Musafir Pulang Berhari Raya

putremas

Fun Poster
Messages
700
Joined
Nov 3, 2009
Messages
700
Reaction score
26
Points
20
Sedikit pesanan dan ingatan buat mereka yang bakal pulang bermusafir berhari raya.

1. Bagi yang bertolak pulang pada hari Jumaat ini, jika anda bertolak keluar sebelum subuh hari Jumaat, maka tidak wajib solat Jumaat. Boleh qasar dan buat jama' taqdim atau takhir. Anda juga boleh rukhsah puasa dan gantikannya pada hari lain.

2. Bagi yang bertolak pulang pada hari Jumaat ini, jika anda bertolak keluar selepas subuh hari Jumaat, maka wajib solat Jumaat. Jama' taqdim dan qasar asar dalam solat Jumaat. Anda juga tidak boleh rukhsah puasa. Wajib berpuasa walaupun tidak sempat bersahur.
 
Salaam,...

Harap boleh setakan hujah/dalil utk menyokong kenyataan Cik Putremas...
Mana tahu jika ada kisah nabi atau para sahabat yg boleh dijadikan rujukan..
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Salaam,...

Harap boleh setakan hujah/dalil utk menyokong kenyataan Cik Putremas...
Mana tahu jika ada kisah nabi atau para sahabat yg boleh dijadikan rujukan..
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei

boleh rujuk kitab munyatul musolli, bughyatul tullab, furu' masail, fiqh solah.
 
boleh rujuk kitab munyatul musolli, bughyatul tullab, furu' masail, fiqh solah.

Salaam,...

Harap Cik Putremas tak keberatan utk menulis kembali hujah² yg terkandung dalam kitab² tersebut disini supaya semua pembaca mendapat menfaat secara serentak..

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Salaam,...

Harap Cik Putremas tak keberatan utk menulis kembali hujah² yg terkandung dalam kitab² tersebut disini supaya semua pembaca mendapat menfaat secara serentak..

yg mencari ilmu
faisal_moukei

setuju tu kalo dpt tuan kemukan dalil yang ulamak sepakat pasal jamak /qasar tu
 
setuju tu kalo dpt tuan kemukan dalil yang ulamak sepakat pasal jamak /qasar tu

Salaam,..

Bukan apa, maklum la..
Kitab Munyatul Musolli, Bughyatul Tullab, Furu' Masail,dan Fiqh Solah tu bukan semua orang ada,..
Malah eden rasa ramai yg takde kitab² tu...

Lain la kalau dalil dari kitab Al-Quran, orang ramai boleh rujuk sendiri..

So harap Cik Putremas boleh salin semula hujah dari kitab² tersebut dan paparkan disini utk kemaslahatan bersama...
:)

p/s : jujur eden cakap, eden takde satu pun kitab² yg disebut tu

baiklah. nanti sy tuliskn. kitab2 tu mmg ramai xde kecuali belajar pondok.
 
dlm kitab hanya ada sebut bab jama' taqdim hari jumaat. perlu pada huraian oleh guru. nanti sy dptkn semula rujukan drp guru sy. maaf atas kelewatan.
 
dlm kitab hanya ada sebut bab jama' taqdim hari jumaat. perlu pada huraian oleh guru. nanti sy dptkn semula rujukan drp guru sy. maaf atas kelewatan.

Salaam,...

No prob..
Nanti dah dapat keterangan tu, tepek la sini..
Memang dah lama eden nak tau hujah² berkaitan solat jumaat bagi musafir ni..

Eden tunggu ye..
:)

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 
Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.

Mazhab Maliki

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.

Pendapat majoriti fuqaha, seorang yang musafir yang memenuhi syarat qasar solat, tidak wajib untuk solat Jumaat. Tidak ditemui riwayat Nabi saw ada melakukan solat Jumaat dalam mana-mana peperangan atau ekpedisi perjalanan yang baginda lakukan. Tidak ada riwayat dari para sahabat selepas kewafatan baginda bahawa mereka ada melakukan solat Jumaat ketika musafir.

Pendapat bertentangan mewajibkan musafir solat jumaat berhujah atas dasar bahawa tiada nas atau dalil sahih yang mengatakan seorang yang musafir tidak perlu menghadiri solat Jumaat.

Untuk jalan selamat dan jalan pertengahan adalah lebih berusaha menghadiri solat jumaat ketika dalam musafir.
"Jumaat adalah benar, wajib atas semua umat Islam dengan berjemaah kecuali empat golongan - hamba sahaya, wanita, anak-anak atau orang sakit." (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab ra, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani, Nail-ul-Authar, 3/527)
 
Back
Top
Log in Register