BTC USD 82,376.8 Gold USD 4,164.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid terjun bangunan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
MUAR: Bagaikan aksi dalam filem, seorang kanak-kanak hiperaktif berusia 10 tahun melakukan lagak ngeri apabila terjun dari tingkat satu bangunan sekolahnya di Jalan Abdullah di sini, pagi semalam.
Bagaimanapun, murid tahun empat itu bernasib baik apabila dia jatuh di atas bumbung dan hanya mengalami calar pada anggota badan.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, murid terbabit baru saja dihantar kedua-dua ibu bapanya dan difahamkan, tiada guru mahupun murid lain di sekitar kawasan itu.


Walaupun terdapat dua pengawal keselamatan, kanak-kanak itu gagal dikawal lantaran terlampau aktif dan tidak reti duduk diam.


Menurut sumber, kanak-kanak terbabit mengalami sindrom hiperaktif sejak lahir, malah pergerakan yang terlampau cergas itu membuatkan dia sukar dikawal sesiapa pun termasuk guru dan ibu bapanya sendiri.


Katanya, tidak sampai lima minit ibu bapanya menghantar murid itu, dia berlari-lari seperti sedang bermain dengan rakan sedarjah.


“Namun, kelibat murid berkenaan terus hilang sebelum pengawal yang bertugas bertindak mencarinya di sekeliling bangunan sekolah terbabit.


“Apa yang disedari selepas itu, murid tahun empat berkenaan sudah bersedia untuk terjun dari tingkat satu bangunan tiga tingkat berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Katanya, pengawal keselamatan yang menyedari tindakan murid itu kemudian cuba memujuknya tapi gagal apabila mangsa terus terjun dari tingkat satu bangunan sekolah itu.


“Mujurlah atap asbestos menghalang murid itu daripada terus jatuh ke atas jalan. Namun, dia seakan-akan tidak puas hati dengan aksinya itu dan kemudian mahu cuba terjun daripada atap itu.


“Nasib baik tindakannya itu berjaya dihalang seorang lagi pengawal keselamatan sekolah yang berada berhampiran tempat murid itu terjun,” katanya.

Difahamkan, murid itu tidak cedera dan dibawa ke sebuah klinik berhampiran.
 
camno nak settle kan budak camni ek? tak mustahil bgunan 10 tingkat pun dio nak tojun ni.
 
bagi tali suh dier panjat pokok kelapa..:D
 
kene bagi ubat penenang..
 
mmg betol2 hiperaktif ni..:D
 
mcm adik aku sorg..mmg hyper aktif..agak sukar nk jaga..kene pemantauan yg lebih dr kanak2 biasa..tp bila da besar alhamdulillah xpenat sgt dah..
 
pernah melawat rumah kawan pada waktu tgh malam, dan dia ada anak yg hyperactive, dah tgh malam nak dkt pukul 2 pagi masih bermain belari2 guling2, kesian tgk
 
Back
Top
Log in Register