BTC USD 60,991.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Murid pengsan dua kali

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA NERANG: “Saya pengsan dua kali akibat terlalu sakit,” kata Noor Natrah Abd Wahab, 12, yang pengsan dua kali selepas dihentak dengan siku di belakang badannya oleh seorang murid lelaki di sekolahnya di sini, kira-kira 12.45 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, murid tahun enam terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang selepas pengsan dua kali.

Noor Natrah ketika ditemui semalam mendakwa kejadian berpunca apabila rakannya itu suka mengejeknya kerana dia dikatakan kerap tidak datang ke sekolah.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum murid lelaki berkenaan naik angin lalu melompat ke atas meja mangsa sebelum menghentak dengan kuat di tengah belakangnya sebanyak dua kali dengan siku. Selain itu, katanya, murid lelaki itu turut menarik tudungnya.

Sebaik kena hentakan itu, saya berasa sakit yang amat sangat dan lemah serta tidak sedar apa berlaku. Tidak lama kemudian saya sedar semula, tetapi tidak berupaya bangun walaupun beberapa murid lain cuba membantu sebelum saya pengsan semula,” katanya.

Noor Natrah berkata, sebelum dihentak dengan siku, murid lelaki berkenaan turut menamparnya menyebabkan dia terkejut.

Katanya, kejadian itu turut disaksikan murid lain yang ketika itu mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Abang mangsa, Mohd Noor Ain, 25, yang datang ke sekolah itu untuk menjemput adiknya berkata, dia hanya diberitahu guru Noor Natrah hanya pengsan tanpa memaklumkan puncanya.

“Walaupun saya mendesak beberapa kali, tetapi seorang guru wanita tidak mahu memberitahu puncanya sehingga saya mendesak Noor Natrah sebelum dia memberitahu belakangnya dihentak dengan siku dua kali sehingga pengsan,” katanya.

Mohd Noor yang kemudiannya menemui pengetua dipujuk supaya tidak membesarkan kes itu.

Mohd Noor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, jam 2 petang kelmarin.
 
ewah..ewah..klau anak org pandai aje pujuk jgn besarkan hal..
cuba klau anak dia?..mau dibunuhnya budak tu..
ini sumer pengetua mcm !@#$..nak jaga periuk nasi..bukan nak jalankan tanggungjawab sbg pendidik.. :mad: :mad: :mad:
 
kalau aku la jadi ahli keluarga budak pompuan tu..mau aku amuk cikgu,guru besar sekolah tu..
 
sekolah nak jaga reputasi.... alih2 kes camnih ditutup senyap2 jer...
 
mula² panggil budak laki tuh....pastu buat angkle lock kat dia pastu smack down kat tengkok dia.....pastu kalau mak bapak dia masuk campur skali ulang perkara di atas....
 
KUALA NERANG: “Saya pengsan dua kali akibat terlalu sakit,” kata Noor Natrah Abd Wahab, 12, yang pengsan dua kali selepas dihentak dengan siku di belakang badannya oleh seorang murid lelaki di sekolahnya di sini, kira-kira 12.45 tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian itu, murid tahun enam terbabit dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang selepas pengsan dua kali.

Noor Natrah ketika ditemui semalam mendakwa kejadian berpunca apabila rakannya itu suka mengejeknya kerana dia dikatakan kerap tidak datang ke sekolah.

Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum murid lelaki berkenaan naik angin lalu melompat ke atas meja mangsa sebelum menghentak dengan kuat di tengah belakangnya sebanyak dua kali dengan siku. Selain itu, katanya, murid lelaki itu turut menarik tudungnya.

Sebaik kena hentakan itu, saya berasa sakit yang amat sangat dan lemah serta tidak sedar apa berlaku. Tidak lama kemudian saya sedar semula, tetapi tidak berupaya bangun walaupun beberapa murid lain cuba membantu sebelum saya pengsan semula,” katanya.

Noor Natrah berkata, sebelum dihentak dengan siku, murid lelaki berkenaan turut menamparnya menyebabkan dia terkejut.

Katanya, kejadian itu turut disaksikan murid lain yang ketika itu mengulang kaji mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Abang mangsa, Mohd Noor Ain, 25, yang datang ke sekolah itu untuk menjemput adiknya berkata, dia hanya diberitahu guru Noor Natrah hanya pengsan tanpa memaklumkan puncanya.

“Walaupun saya mendesak beberapa kali, tetapi seorang guru wanita tidak mahu memberitahu puncanya sehingga saya mendesak Noor Natrah sebelum dia memberitahu belakangnya dihentak dengan siku dua kali sehingga pengsan,” katanya.

Mohd Noor yang kemudiannya menemui pengetua dipujuk supaya tidak membesarkan kes itu.
Mohd Noor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap, jam 2 petang kelmarin.

Yang aku merahkan tu yg perlu kita fikirkan !
 
jgn salahkan sekolah semata².....kekadang mak bapak yg salah ajar anak....aku dah kata smack down jer skali anak dgn mak bapak dia....
dah la pengecut pukul budak pempuan....
 
maybe pihak skool xnk tumpuan murid lain terjejas klu ramai pihak yg bwat lawatan...

think positive...:D:D:D
p/s: just my 2cents...
 
budak khimak macamni...hentak pakai blakang tumit bru berkesan...nk lgi bagus hentak dgn mak bapak dier lgi bgus...kecik2 dah naik kpala, pukul pompuan lak tue...jadah betul...:mad:
 
maybe pihak skool xnk tumpuan murid lain terjejas klu ramai pihak yg bwat lawatan...

think positive...:D:D:D
p/s: just my 2cents...

ooejang..ekau ado..lamo den x bicaro sama ekau ha..wkakaa
 
Back
Top
Log in Register