ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
PUTRAJAYA 23 Mac – Penyertaan negara dalam 12 pertandingan peringkat dunia mendapat pelbagai pengiktirafan yang meletakkan murid dan pelajar Malaysia setanding dengan pelajar negara lain.
Antara pertandingan yang disertai pelajar negara ialah International Science and Engineering Fair di Amerika Syarikat, International Folkdance Competition di Romania dan World Robots Olympiad di Sochi, Rusia.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, usaha mendidik, membimbing dan menghasilkan murid yang mencapai kejayaan bertaraf dunia bukanlah mudah kerana mereka perlu melalui pelbagai latihan dan tapisan sebelum boleh bersaing di persada antarabangsa.
Namun, dalam pada itu, beliau mengingatkan agar murid, pelajar dan guru yang terlibat dalam pertandingan di peringkat antarabangsa supaya sentiasa berpegang teguh kepada identiti nasional walau di mana mereka berada.
“Walaupun antara kita berbeza agama, etnik dan bangsa tetapi janganlah sesekali kita lupa untuk pamerkan identiti nasional selaku warga Malaysia ketika menyertai pertandingan,” katanya dalam majlis apresiasi persada antarabangsa 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, di sini hari ini.
Majlis julung kali itu diadakan bagi meraikan murid, guru pembimbing, pengetua dan guru besar sekolah yang menyertai pertandingan atau aktiviti peringkat antarabangsa anjuran Kementerian Pendidikan. – BERNAMA